“Mentang-mentang Diajak Ke Kenduri”, Kambing Cantik Hadiah Perkahwinan Tular Siap Bersolek

Kambing Hadiah Perkahwinan Tular Siap Bersolek
Perkahwinan sememangnya akan menjadi hari yang paling bahagia untuk pasangan pengantin lagi-lagi apabila terdapat pelbagai peristiwa yang akan terus ‘melekat’ di dalam memori.
Satu Majlis perkahwinan di Indonesia tular apabila pengantin mendapat hadiah berupa kambing daripada rakan-rakan sebagai hadiah perkahwinannya.
Memetik lap0ran Suara.com, video yang memaparkan peristiwa tersebut telah tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan beberapa orang lelaki yang dipercayai rakan kepada pengantin ‘menyerbu’ majlis itu dan membuat kec0h dengan membawa kambing tersebut.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah kambing itu kelihatan disolek dan dirias dengan ‘pakaian’ serta reben biru.
Bukan itu sahaja, ia juga dilihat dikalung dengan gubahan bunga kuning di leher, menjadikan penampilannya lebih luar biasa.
Kehadiran kambing itu membuatkan majlis perkahwinan itu riuh dengan hilaian tawa tetamu.
Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 2.4 juta kali dan mendapat pelbagai komen dari netizen.
“Nohh hadiah boleh buat akikah sekali,” tulis seorang netizen.
“Siap disolek lagi kambingnya, mentang-mentang diajak ke kenduri,” kata seorang lagi netizen.
Video : Kambing Hadiah Perkahwinan Tular Siap Bersolek
BACA JUGA : Seronok Tengok Kambing Tak Ada MasaIah, Lelaki Nekad Jadi Kambing Gara-gara Pernah GagaI Dalam Percintaan
Sudah namanya kehidupan, pasti tiada siapa akan terlepas dari ujian yang memyebabkan kita terbelenggu dengan perasaan tertek4n. Berlainan orang, caranya juga pasti berbeza untuk mengatasi tek4nan yang dihadapi.
Ada sesetengah orang yang melakukan aktiviti atau hobi kegemaran dan ada juga yang suka mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu dan ‘luar biasa’.
Namun lain pulak cara seorang pereka grafik dan penulis dari Britain, Thomas Thwaites, di mana dia telah memutuskan untuk menjadi seekor kambing.
Pernah tular beberapa tahun lalu, lelaki itu dikatakan tertek4n dengan hidupnya pada ketika itu sehingga membuatkannya digelar sebagai GoatMan.
Menerusi wawancaranya bersama Vogue, Thomas mengatakan bahawa dia melalui tempoh waktu yang suk4r membabitkan hubungan percintaan, kerjayanya dan masalah hut4ng.
Ideanya untuk menjadi kambing bermula setelah dia melihat seekor anjing yang bermain-main dengan girang tanpa memikirkan sebarang masalah.
“Saya melihat anjing itu sedang bergembira dan mengatakan ‘awak sangat bertuah, awak tidak perlu memikirkan masaIah’,” katanya.
Selepas melakukan persediaan selama berbulan-bulan, Thomas akhirnya berjaya mencapai impiannya untuk menjadi kambing iaitu dengan (BACA ARTIKEL PENUH )