Kelibat Kilauan Cahaya Merah Mist3ri Terakam Dari Langit Laut Atlantik, Juruterbang GeIisah

Kelibat Cahaya Merah Mist3ri Dirakam Juruterbang Di Laut Atlantik Cetus Pelbagai Teori
Seorang juruterbang berjaya merakamkan penampakan kilauan cahaya merah mist3ri ketika melintasi awan Lautan Atlantik, lapor Daily Mail.
Rakaman itu telah dikongsi di sebuah laman Reddit dan menerima ribuan komen daripada para pengguna.
Cahaya merah mist3ri itu malah dikaitkan dengan sebuah siri ‘Str4nger Things’ yang ditayangkan di aplikasi Netflix.
Menurut mereka, cahaya merah itu seakan ‘watergate’ iaitu sebuah portal bawah air yang menghubungkan alam semesta selari yang ngeri iaitu Upside Down.
Tiga imej yang turut dikongsi oleh juruterbang telah diambil pada 22 Julai dan dikongsi ke Reddit dengan harapan ia dapat memb0ngkar mist3ri cahaya tersebut.
Hal ini kerana, sepanjang kariernya sebagai juruterbang, dia belum pernah melihat perkara seperti itu terjadi.
Selain itu, ada di antara mereka yang menyatakan bahawa cahaya itu berkemungkinan datang daripada bot nelayan yang menggunakan panel lampu LED merah yang besar untuk men4ngkap ikan Saury.
Walau bagaimanapun, tanpa pemeriksaan yang lebih teliti, tiada sebarang jawapan pasti yang dapat disimpulkan.
Juruterbang yang merakamkan penampakan itu tidak diketahui dan tiada sebarang petunjuk mengenai longitud dan latitud tempat berlakunya kejadian itu.
Menurut pengguna Reddit, untuk memancing ikan Saury, beratus lampu LED diperlukan untuk memudahkan ikan ditarik ke dalam pukat.
Justeru, terdapat kemungkinan bahawa cahaya merah itu muncul disebabkan penggunaan lampu LED oleh bot-bot nelayan.
Hal ini kerana, ikan Saury lebih tertarik dengan lampu merah yang terang.
Apabila lampu diletakkan di bawah air, ia akan memantulkan zarah dari dalam air. Zarah-zarah kecil ini meningkatkan sumber makanan semula jadi untuk dijadikan sebagai umpan.
Walau bagaimanapun, pengguna Reddit memanfaatkan sepenuhnya peluang itu untuk membincangkan mengenai teori akhir zaman dan kemunculan makhIuk asing.
Antara yang paling popular ialah perbandingan Str4nger Things di mana, dalam musim keempat, portal dibuka di Tasik Lovers Hawkins.
“Dustin cuba membuka portal ke arah dunia terbalik, ia benar-benar ‘watergate’,” komen pengguna.
Menurut sumber, ia bukan kali pertama juruterbang melap0rkan penampakan peIik seperti itu.
Pada 2014, juruterbang Boeing 747 – 8 menyatakan bahawa ketika dalam penerbangan dari Hong Kong ke Anchorage, dia pernah terlihat awan bercahaya di selatan semenanjung Rusia, Kamchatka.
Dia menjelaskan bahawa dia dan pembantu melihat kilauan cahaya yang kuat seperti kiIat secara menegak ke atas dan diikuti dengan cahaya merah dan oren pekat pada 20 minit kemudian.
Pengalaman itu membuatkan dia geIisah kerana kejadian itu tidak memiliki sebarang penjelasan.
Menurutnya, tiada sebarang petanda ri’but p3tir di laluan atau radar cuaca mereka.
Selain itu, lampu serupa telah dikesan dari bot memancing sotong, tetapi dia berkata kejadian itu tidak masuk akal sekiranya berlaku di kawasan tersebut.
“Semakin kami dekat, semakin kuat cahaya itu menerangi awan dan langit di bawah kami,” ujarnya.
Satu-satunya punca yang boleh difikirkan oleh juruterbang itu adalah disebabkan letus4n gunung ber4pi di bawah permukaan lautan 30 minit lebih awal.
Walau bagaimanapun, tiada kepulan abu yang menyusul dan mereka tidak dimaklumkan tentang sebarang aktiviti letus4n.
Insiden yang lebih baru telah dirakam pada tahun 2020 oleh juruterbang lain yang turut terbang di atas Lautan Pasifik. Imej-imej itu dirakam ketika pesawat itu berada di tenggara Laut Okhotsk.
Ketiga-tiga gambar itu, yang turut dikongsi di Reddit, menunjukkan cahaya yang sama memuncak dari bawah awan dan sebahagian besar komen menunjukkan bot nelayan.
Sumber : Reddit, Daily Mail