Setahun Setengah Terpisah, Gadis Men4ngis Hiba, Kucing Kesayangan Yang Hilang Pulang Semula Ke Rumah

Sangka Dah M4ti, Gadis Men4ngis Hib4, Kucing Kesayangan Pulang Semula Ke Rumah
Kadangkala, hubungan yang terjalin antara kucing dan si pemilik dilihat lebih akrab berbanding hubungan bersama manusia.
Ini kerana ada golongan pencinta kucing lebih gemar berkongsi masaIah bersama haiwan peliharaan mereka dikala hati mereka sedang gusar.
Oleh disebabkan rasa cinta dan sayang yang amat mendalam kepada haiwan peliharaan ini, ada sesetengah manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi kucing mereka.
Walau bagaimanapun, pergerakan kucing ini tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh manusia kerana haiwan ini gemar bergerak bebas ke mana sahaja mereka mahu.
Namun, apa yang meris4ukan para pemilik kucing adalah apabila kucing kesayangan yang dipelihara tidak pulang semula setelah meninggalkan rumah.
Sama seperti yang dialami oleh pengguna TikTok, melanisafitri_ di mana dia telah berkongsi tentang kucingnya yang telah hilang selama setahun setengah kini akhirnya sudah pulang semula ke rumahnya.
Dalam video tersebut, dia telah memaklumkan kepada adiknya tentang keberadaan kucing peliharaan mereka yang bernama Tayo di rumahnya.
Pada mulanya, adiknya dilihat sukar untuk mempercayai kata-kata kakaknya.
Namun, setelah melihat kucing kesayangannya benar-benar berada di hadapan matanya, gadis itu terkejut dan segera bergegas ke arah kucing itu sebelum memeluk erat kucing yang berwarna kelabu bercampur putih itu.
Suasana bertukar menjadi hiba apabila gadis itu mula mengalirkan air mata sambil memeluk erat kucing peliharaannya.
Dalam pada itu, si kakak hanya tertawa melihat telatah adiknya yang dilihat sangat bahagia apabila bertemu semula dengan kucing yang dianggap bijak itu.
Menurut pemilik akaun TikTok itu, Tayo merupakan kucing yang pandai membuka peti sejuk dengan sendirinya selain mempunyai kebolehan untuk membuka pintu. Selain itu, Tayo turut dikenali dalam kalangan jiran tetangganya yang lain kerana kecomelan dan kebijakan yang dipamerkan oleh kucing itu.
Bagaimanapun, setelah kehiIangan kucing itu, dia dan adiknya sudah beranggapan bahawa Tayo sudah m4ti.
Pun begitu, adiknya masih lagi sentiasa mengingati Tayo, bermimpi dan men4ngis setiap kali teringatkan kucing itu.
Tambah kakaknya lagi, walaupun Tayo bukan berasal dari baka kucing yang mahal namun kucing itu mampu menyentuh hati mereka berdua.
Video tersebut mendapat sambutan daripada warganet apabila masing-masing turut menzahirkan rasa sedih mereka apabila melihat gadis comel itu menangis ketika bertemu semula dengan Tayo.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak 12.8 juta tontonan di TikTok.
Video : Si Tayo Pulang Ke Rumah
Sumber: @_melanisafitri_ via TikTok