Kerana Emas, 3 Rakyat Malaysia Diaz4b Jel Seumur Hidup Di Bangladesh

Kerana emas, badan bina sa. 3 rakyat Malaysia dikenakan huku man penj4ra seumur hidup (maksimum 30 tahun) di Bangladesh atas kesalahan menye ludup 45 kilogram emas ke negara itu pada 2015.
“Saya rendah diri memohon ihsan kerajaan agar tolonglah bebaskan anak saya. Dia sudah 7 tahun seng sara,” rayu Siti Fatimah Hanafi, 69, dengan penuh sebak.
Warga emas itu malahan jelas tidak dapat menyembunyikan kesedihannya apabila menitis air mata pi lu mengenangkan nasib malang anaknya, Mohd. Azwan Salihin.
Lelaki berkenaan yang kini berusia 28 tahun antara 3 orang warga Malaysia yang dihukum pnjara seumur hidup kerana membawa masuk emas ke Bangladesh pada 2015 lalu.
Turut dikenakan penalti berat sama ialah Johari Harun dan Hee Wool Khong dengan mereka bertiga bakal menghabiskan sisa hidup serta mening,gal dunia di pen,jara negara itu.
Ketiga-tiga mereka telah melalui proses mhkamah dan dijatuhkan huku man pada 2018.
Sikap Dwistandard Terhadap Rakyat Malaysia
Anehnya, ramai rakyat negara lain yang melakukan kesalahan sama bahkan berat logam bernilai itu jauh lebih berat pula hanya dikenakan tempoh huku man pen,jara cukup ringan.
Kesal dengan sikap dwistandard Bangladesh ke atas rakyat negara ini, Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) tampil cuba membantu semua mngsa terbabit.
Hari ini, organisasi tersebut diketuai Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim hadir bagi menyerahkan memorandum berhubung isu itu kepada pihak Kementerian Luar.
“Kami bukan cuba campur tangan soal perundangan Bangladesh, tetapi merayu agar diberikan pertimbangan atas dasar perikemanusiaan,” kata beliau ketika ditemui pemberita.
Memorandum tersebut diterima wakil Wisma Putra yang berjanji akan membawa perkara itu kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka untuk bantu mngsa sewajarnya.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa pihak MHO menerima kes itu pada mula setelah dihubungi kakak Mohd. Azwan yang cuma mahu dikenali sebagai Su baru-baru ini.
Berhabis Wang, Tenaga Pergi Ke Bangladesh
Mereka sekeluarga cuba pelbagai cara termasuk menghabiskan banyak wang dan tenaga pergi terus ke Bangladesh untuk mengupah peguam bagi membebaskan mngsa.
Malangnya, usaha keluarga yang berasal dari Kedah itu ternyata sia-sia apabila mereka diti pu banyak pihak di negara tersebut yang mengambil kesempatan ke atas warga asing.
Pada masa sama, mereka juga ada meminta pertolongan daripada pejabat misi dipl0matik Malaysia di Dhaka dan Unit Konsular Wisma Putra namun maklum balas agak perlahan.
Justeru, Hishamuddin yang bersimpati dengan permasalahan keluarga itu mula mencari jalan dan mendapati ada 2 lagi warga Malaysia yang turut menerima nasib buruk serupa.
“Kami juga mohon jasa baik Menteri Luar baharu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk manfaat saluran diplomatik dan hubungan baik Malaysia dengan Bangladesh,” katanya.
MHO turut akan meminta bantuan wakilnya di negara rantau Asia Selatan itu bagi cuba berunding dengan pelbagai agensi dan mempercepatkan misi pembebasan 3 mangsa ini.
Dalam pada itu, isteri Johari, Maiza Mohd. Nor, 48, yang juga hadir bersama 6 anak mereka berkata, beliau sedih mengingatkan az ab ditanggung suaminya di pen,jara sana.
Pasangan itu yang merupakan peniaga pasar malam di Semenyih, Selangor menambah, anak-anaknya terutama yang kembar bongsu amat merindukan bapa mereka selama ini.
Malahan ketika mula dipnjara, kedua-dua anak kecil itu baru berusia 3 tahun dan tidak sempat merasai kasih sayang bapa mereka kecuali menatap dari gambar-gambar lama.
KLN Pantau Rapat
Sementara itu, memetik Awani, selain mereka, terdapat 3 lagi warganegara Malaysia yang sedang menjalani huku man penjara di Bangladesh atas kesalahan yang sama,
“Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh telah mengadakan siri-siri pertemuan dengan taha,nan warganegara Malaysia tersebut untuk menghulurkan bantuan konsular dan mengadakan perbincangan dengan pihak peguam yang dilantik dalam usaha membantu mereka sewajarnya.” Kata Kementerian Luar (KLN).
“Selain itu, pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga telah mengambil inisiatif dan tindakan proaktif dalam mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkuasa Bangladesh termasuk melalui pertemuan peringkat tinggi dengan pihak kerajaan negara itu ke arah membantu serta mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kes ini,”
Kementerian Luar turut menasihatkan warganegara Malaysia yang berada di negara asing untuk sentiasa peka dan menghormati undang-undang negara berkenaan serta tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang melang gar undang-undang negara itu.
Untuk makluman, penye ludupan emas di Bangladesh merupakan kesala han berat yang boleh dikenakan huku man m4ti.
Sumber : Utusan / Astroawani