Crunchy! Ini Rahsia Resepi Ayam KFC Degan Teknik Rendaman Yang Betul. Berketul Sebiji Macam Ayam KFC!

Rahsia resipi ayam KFC dengan teknik rendam dengan air agar berketul sebiji macam ayam KFC
Beberapa hari lepas, KFC dimeriahkan lagi dengan kunjungan para pencinta ayam goreng yang tidak mahu lepaskan peluang untuk menikmati ayam goreng berkenaan dengan harga yang lebih murah.
Namun demikian, tidak semuanya mampu atau rajin untuk beratur demi menikmati ayam goreng terkenal tersebut.
Baru-baru ini, seorang pengguna sosial media telah berkongsi resepi membuat ayam goreng ala ayam KFC yang mendapat ribuan perkongsian di Facebook.
Apa tidaknya, hasil ayam yang digoreng menjadi dan kelihatan betul-betul serupa dengan ayam goreng terkenal tersebut.
Demikian perkongsian daripada Puan Reha Rahman :
Senarai bahan-bahan yang diperlukan ,
Bahan perap :
Kunyit
Stok ayam maggi
Bahan salutan ayam :
Tepung gandum
Tepung bistari
Cara Penyediaan :
Campurkan 1 cawan tepung gandum dengan setengah cawan tepung bestari. ( saya campur tepung gandum sebab bila semua salutan tepung bestari, boleh rasa cepat muak bila makan banyak.)
Sebatikan tepung gandum dengan tepung bestari kemudian salut ayam dengan perapan tepung.
Yang ni penting tau, petua nak bagi ayam tu ada kerinting-kerinting ialah ayam perlu dibasahkan dengan air. Sediakan air dalam mangkuk, masukkan ayam bersalut tepung dalam air kemudian rendam beberapa saat.
Salut sekali lagi dalam campuran tepung sampai Nampak kerinting-kerinting macam dalam gambar. Nak lagi banyak kerinting boleh ulang step rendaman air tadi.
Dah capai kerinting yang diidamkan, goring ayam dengan api sederhana sehingga ayam kuning keemasan.
Ayam ala KFC is done. Crunchy betul!
Selamat mencuba.
Sumber : Reha Rahman Via Masak Apa Tak Jadi Hari Ini