Baru 14 Tahun, Badut Remaja Mampu Raih Pendapatan Empat Angka Sebulan

Di kala rakan seusia ralit bermain gajet, remaja ini giat menebalkan dompet. Meski usia baru 14 tahun, bukanlah penghalang untuk remaja ini menghibur masyarakat sambil menjana pendapatan.

Bermula dengan minat menghasilkan kraf belon pelbagai bentuk yang dipelajari menerusi video tutorial di YouTube, hobi tersebut akhirnya membawa remaja ini ke dalam bidang penghibur jalanan badut seawal usia 11 tahun pada 2019.

Asah Bakat Dengan Senior

Muhammad Rafiuddin Naufal Mohd Nazron, 14, kemudiannya mengembangkan bakat itu dengan menyertai kelas kemahiran dan latihan secara formal yang dikendali penghibur jalanan lebih senior bagi mengasah kemahiran tersebut.

“Menerusi kelas itu saya dapat mengenali lebih ramai badut berpengalaman dan kemudian dapat menyertai Persatuan Seniman Badut Malaysia yang memberi laluan lebih mudah untuk mendapat tawaran persembahan,” katanya ketika ditemubual.

Sering ditemani bapanya Mohd Nazron Wahih, 44, setiap kali melakukan persembahan, badut remaja yang selesa dipanggil Opal De Clown ini juga tidak kekok bergerak sebaris dengan badut lebih senior dan jauh jarak usia bagi menghiburkan orang ramai terutama kanak-kanak.

Ketika remaja seusianya yang lain meminati muzik dan permainan, Muhammad Rafiuddin Naufal pula selesa dengan aktiviti yang lebih sinonim dengan minat kanak-kanak dan menjadi kepuasan baginya apabila berjaya mengukir senyuman orang ramai.

Kenangan Manis Tak Dapat Dilupakan

“Penat lelah berbaloi bila melihat orang tersenyum melihat aksi saya. Apabila mereka gembira saya juga gembira.

“Antara kenangan manis yang tak dapat dilupakan adalah ketika menghiburkan penonton 0KU (orang kurang upaya) di sebuah kedai makan, mereka sanggup tunggu dan cari saya semula selepas persembahan berakhir untuk bergambar kerana terlalu teruja,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua audiens menyukai karakter tersebut malah ada yang lari kerana merasakan penghibur berkenaan merupakan sesuatu yang mena kutkan.

“Ada yang sampai menan gis tetapi situasi itu tidak berlarutan, saya akan cuba mengatasinya dengan pelbagai aksi jenaka dan menari, dan selalunya bila diberi belon mereka akan terus bertukar suka dan teruja,” katanya yang dulunya berpers0naliti pendiam.

Masih menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, anak sulung 3 beradik itu sering membuat persembahan jalanan pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah agar tidak mengganggu pelajaran.

Muhammad Rafiuddin Naufal berkata, selain membuat persembahan secara rawak dan menyertai acara seperti karnival, beliau juga sering menerima jemputan untuk menyerikan majlis hari lahir, perkahwinan, konv0kesyen selain permintaan untuk membuat kejutan untuk orang tersayang.

4 Jam Sehari, 3 Kali Seminggu Mampu Jana Pendapatan Lebih 4 Angka

Katanya, beliau akan menghabiskan masa sekitar 4 jam sehari 3 kali seminggu bagi melaksanakan aktiviti tersebut dan mampu menjana pendapatan sampingan lebih empat angka sebulan.

Ditanya perancangan masa depan, anak jati Selangor itu berhasrat menjadi guru pendidikan seni memandangkan bidang tersebut berada dekat di hati selain minat untuk bergelar pendidik.

“Tapi saya akan teruskan juga membuat persembahan sebagai badut bagi menghiburkan orang ramai kalau tidak secara sepenuh masa, secara separuh masa,” katanya.

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Semoga remaja ini berjaya menjadi pendidik seperti yang dicita-citakan.

Sumber : Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *