Guna 3 Bahan Buat Tauhu Di Rumah, Boleh Buat Berniaga Juga

Selalunya kalau hendak memasak apa-apa, kita mesti akan beli bahan dekat pasaraya yang mana menjadi rutin kita setiap minggu, untuk menambah barang-barang yang sudah berkurang di dapur.

Bagi yang suka masak sayur lemak atau pun berniat petang-petang nak makan tauhu sumbat dengan keluarga biasanya tauhu dibeli sehari sebelum tu.

Bukan apa, tauhu biasanya tidak elok disimpan lama kerana cara penyediaannya tidak menggunakan pengawet jadi bahan makanan ini tidak seharusnya kita beli dan simpan lama-lama. Sangat digalakkan untuk beli sehari sebelum nak masak.

Sememangnya bahan-bahan basah semuanya mempunya tempoh jangka hayat yang pendek. Sama juga dengan tauhu yang mana kita selalunya beli yang dah siap dekat pasar basah atau pasaraya, dan selalunya beli beberapa paket dan selebihnya akan simpan.

Kadang kala kita terlupa nak guna tengok semula tauhu dah ada bau yang kurang menyenangkan sebab kita pun tak tau bila tarikh sebenar tauhu tersebut dibuat.

Kalau boleh buat sendiri mungkin lebih mudah, mana tahu berniat untuk berniaga tauhu sumbat atau tauhu bakar ke.

Resepi dan cara telah pun dikongsikan oleh Azlia Al Hayahuddin menerusi Facebooknya.

Berikut kongsinya:

Alhamdulillah.. jadi juga tauhu keras kali ini. Buat sebelum ini tak jadi.. hahaha.. gembiranya hari ni!..

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

3kg kacang soya

18 liter air

45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu

Serbuk GDL. Boleh dibeli di kedai-kedai bakeri atau secara online.

CARA MEMASAK TAUHU HOMEMADE:

[1] Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.

[2] Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.

[3] Masak susu soya hingga mendidih.

[4] Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.

[5] Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.

[6] Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petak.

[7] Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.

[8] Tutup kain dan tekan dengan pemberat.

[9] Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan p0tong. Rendam dalam air bersih.

Tips Tambahan

Rendam kacang soya ialah tidak boleh lebih 5 jam. Kacang soya yang direndam lama akan cepat basi.

Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya. Kalau ngam-ngam paras kacang soya, kacang tersebut tak akan mengembang dan susu soya pun takkan dapat banyak bila diperah.

Semoga bermanfaat. Kongsikan kepada rakan dan keluarga. Kalau jadi sumber rezeki mereka, pahala jariah pun anda dapat. Wallahu a’lam.

Sumber : Petuaibu / Facebook Azlia Al Hayahuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *