Buat Sendiri Mushroom Seasoning, Pengganti Serbuk Perasa. Mudah, Cuma Guna 3 Bahan Sahaja

Buat Sendiri Mushroom Seasoning, Cuma Guna 3 Bahan Sahaja
Kebanyakan orang sudah terbiada menggunakan serbuk perasa dalam masakan, kalau tak letak tak sedap pula rasanya. Tapi dalam masa yang sama risau juga dengan penggunaan bahan kim1a atau MSG yang berlebihan.
Jika mahu mengamalkan pemakanan lebih sihat tapi dalam masa yang sama juga mahu mengekalkan rasa sedap makanan, anda boleh menukarkan serbuk perasa kepada mushroom seasoning atau serbuk perasa cendawan.
Yang menariknya, ianya lebih sihat kerana ia rendah kalori dan mengandungi antioksidan yang tinggi daripada cendawan.
Untuk lebih yakin, boleh cuba buat sendiri. Yang nak cuba-cuba buat tu boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nawal Yasmin Mat Noh.
Cara Buat Mushroom Seasoning Homemade
Bahan-bahan :
100g cendawan kering/ dried shitake mushroom
50g gula
50g garam
Cara pembuatan :
Basuh cendawan dan keringkan, lap dengan kain atau tisu dapur.
Masukkan dalam oven/air fryer, bakar selama 20 minit pada suhu 100 darjah Celsius dan sejukkan.
Kemudian masukkan dalam TM6 semua bahan dan kisar selama satu minit, kelajuan 10.
Boleh juga gunakan pengisar kering, kisar hingga menjadi serbuk. Pastikan kisar sedikit demi sedikit.
Siap!
Selamat mencuba!
Demikian perkongsian daripada Nawal Yasmin. Yang mana nak cuba bolehlah kongsi hasil anda di ruangan komen.
Jangan lupa share artikel ini, mudah-mudahan para pembaca dapat manfaatnya.
Sumber : Nawal Yasmin Mat Noh