Pernah Diperlekeh Bina Rumah Terapung, Kini Anak Bangga Usaha Bapa Berhasil

Dahulu, usaha seorang warga emas membina rumah terapung bagi menghadapi musim tengkujuh pernah tular di media sosial, bagaimanapun ia diperlekeh sesetengah pihak kononnya melakukan kerja yang sia-sia.

Kini, A Bakar Che Ahmad sudah mampu tersenyum lebar apabila usaha tersebut membuahkan hasil.

Masakan tidak, rumahnya itu berjaya terapung selepas kediamannya yang terletak di Tebak, Air Putih, Kemaman, Terengganu dilanda banjir.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh anak warga emas berkenaan menerusi laman TikTok.

Sebelum itu, sebenarnya A Bakar pernah menghebahkan bahawa rumah yang dibinanya mampu terapung pada ketinggian 5 meter (m) sekiranya banjir melanda.

Ketika proses pembinaan, warga emas itu telah mengambil kira banyak faktor antaranya termasuklah kelajuan arus ban,jir.

Tidak dibiarkan begitu sahaja, rumah terapung tersebut kemudian diikat di 2 tiang setinggi 6m yang dibina pada sisi kiri dan kanan.

A Bakar juga menggunakan kayu dan 69 biji tong plastik untuk dijadikan sebagai penyokong yang berfungsi sebagai pelampung apabila musim ban,jir.

Kos pembinaan rumah kelong itu dianggarkan memakan belanja kira-kira RM47,000 yang turut dibantu oleh 7 orang anaknya.

Gambar pada 2 bulan lepas sebelum banjir berlaku

Mengikut cerita, empunya diri yang kini berusia 67 dikatakan melakukan pengubahsuaian bersama isterinya, Fatimah Salleh, 61, selepas tempat teduh mereka semakin usang akibat diteng gelami banjir saban tahun.

[BACA JUGA : WARGA EMAS KONGSI CARA BINA RUMAH KALIS BANJIR]

Reaksi Warganet

Sehingga kini, perkongsian menerusi laman TikTok milik anak warga emas ini telah meraih tontonan sehingga 3.2 juta serta lebih 200, ooo tanda suka. Meninjau reaksi warganet, rata-rata warga maya melahirkan rasa kagum dan memuji kreativiti beliau.

Pengajarannya, janganlah diperlekeh usaha seseorang mempersiapkan diri untuk ben cana yang tak dijangka. Ambil iktibar dan contohi mereka yang suka melakukan persediaan mental dan fizikal.

Dan, sebenarnya kejadian-kejadian ben cana seperti banjir te,ruk, tanah run,tuh yang berlaku pada penghujung tahun ini sudah dijangka berlaku serta diperingatkan oleh para pakar ben cana negara ini sejak tahun lepas lagi, namun, mungkin ramai yang kurang ambil cakna tau mungkin tidak mampu mempersiapkan diri dan keluarga.

Apa pun alasannya, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semoga rakyat yang terjejas dengan ben,cana dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki untuk membina semula kehidupan.

Selamat berinspirasi.

Sumber : Sinarplus/ Tiktok jimat_fishing2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *