Petua Mujarab Untuk Elakkan Pokok Cili Terkena Ser4ngan Perosak, Guna Air Semburan Rebusan Bahan Ini Sahaja

Petua Untuk Elakkan Pokok Cili Terkena Ser4ngan Perosak
Siapa saja yang tidak mahu tanamannya hidup subur, cantik dan bebas dari serangga perosak, betul tak? Lagi-lagi serangga perosak seperti bena putih dan parasit yang sentiasa merosakkan tanaman cili padi.
Ikuti perkongsian petua daripada saudara Khairulazani Bin Hassan Sabery yang juga pernah berhadapan masalah ini dahulu.
Air semburan tanaman yang dibuat dari rebusan bunga cengkih ternyata memulihkan pokok cilinya dari masaIah serangga per0sak tersebut.
AIR REBUSAN BUNGA CENGKIH BANTU MENGHALAU BENA & PAR4SIT TANAMAN
Hari itu dah macam putus asa dah dengan pokok cili padi ni. Kena ser4ngan bena dan par4sit yang jenis sedut bendalir pokok tu.
Terima kasih yang bagi petua air semburan rebusan bunga cengkih. Menjadi! Sekarang dah berbunga dan berbuah dah, terima kasih.
Tambahan: Saya kongsi cara saya buat.
CARA BUAT AIR SEMBURAN TANAMAN DARI REBUSAN BUNGA CENGKIH
Bahan-bahan:
Segenggam bunga cengkih.
1 liter air.
Cara Penyediannya:
- Saya ambil segenggam bunga cengkih.
- Kemudian, rebus dengan 1liter air. Rebus dalam 15 minit ke 20 minit.
- Setelah itu, biarkan ia sejuk.
WAKTU PENYEMBURAN AIR REBUSAN BUNGA CENGKIH PADA TANAMAN CILI :
Esoknya boleh semburkan air ini, saya buat malam. Sembur pula permulaan, 2x sehari pagi dan petang selepas siram pokok. Saya buat 2-3 hari je.
Selepas itu, saya buat seminggu sekali je dalam 2 minggu. Ini dah sebulan tak buat, Ahamdulillah okay. Ingat minggu depan nak buat lagi.
P/S: Sembur secara rata tau, atas bawah depan belakang yang ada bena tu sembur kan.
Sumber: Facebook Khairulazani Bin Hassan Sabery via Berkebun Untuk Beginner