Wanita Titip Anak Bulus Sebab Nak Tunai Umrah, 14 Hari Kemudiannya, Si Bulus Jatuh S4kit Dan Cac4t Kekal, Ini Yang Berlaku

Wanita Kongsi Kisah Anak Bulusnya Dihantar Boarding, Lepas 14 Hari Terus Rahang P4tah & But4

Para pemilik haiwan peliharaan kadangkala memerlukan servis ‘boarding’ atau penjaga haiwan jika mereka ada urusan yang tidak membolehkan mereka membawa sekali haiwan peliharaan mereka.

Walau bagaimanapun, tahap keselamatan, kebajikan dan kesihatan anak bulus itu sangat membimbangkan apabila ada sahaja k3s yang melibatkan kelalaian pusat servis boarding haiwan ini.

Sama seperti kisah yang dilap0rkan di laman MStar baru-baru ini mengenai seekor kucing yang bernama Puma jatuh s4kit dan cac4t kekal selepas dihantar ke salah sebuah pusat boarding.

Difahamkan, Puma dihantar ke pusat boarding tersebut kerana pemiliknya bakal berangkat menunaikan umrah di Kota Suci Mekah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurfarah9959, Puma kelihatan mula mem4rahi staf di situ sedangkan Puma dikatakan tidak pernah menc4kar orang lain.

Selepas 14 hari, akhirnya Puma diambil oleh Farah akan tetapi keadaan Puma dilihat semakin t3ruk.

Difahamkan, Puma diambil dalam keadaan struktur muka dan hidung Puma senget t3ruk. Lidah terkeluar dan air liur bersama lendirnya keluar dan semakin hari semakin banyak ianya keluar.

Apabila dibawa ke veterinar, Puma dikatakan dij4ngkiti V1rus Leukimi4.

Cadang ingin minta pendapat lain kerana berasa dirinya dit1pu, Farah membawa Puma ke klinik lain dan dikatakan pula bahawa Puma sebenarnya mengalami keced3raan fizikal bukannya dij4ngkiti v1rus seperti yang dimaklumkannya sebelum ini.

Puma tidak boleh makan disebabkan rah4ng kanannya terkeluar dan rahang yang terkeluar itu pula dikatakan menghimpit saraf mata sehinggakan Puma but4 kedua-dua belah mata serta t4ring kanannya juga p4tah.

Ekoran kejadian yang berlaku kepada anak bulus kesayangannya itu, dia telah pun membuat lap0ran pihak p0lis namun sia-sia sahaja kerana tiada sebarang tindakan diambil.

Oleh itu, Farah memuat naik kisah mengenai Puma di laman TikTok bagi menuntut pembeIaan terhadap anak bulusnya itu.

Namun begitu, video terbaharu telah dimuat naik menyatakan Puma sudah pun m4ti dua hari selepas video tersebut dimuat naik iaitu pada 24 Disember yang lalu.

“Baru-baru ni hantar pergi h0spital untuk cabut gigi yang goyang. Hantar empat hari sebab kena balik Johor Bahru ada hal keluarga.

“Doktor kata Puma tak nak makan dan menjilat makanan. Masuk air drip dua botol. Balik rumah Puma dah mula tak nak makan dan minum. Rah4ng pula dah keras punca tak boleh buka mulut. Bila bagi makan tak nak telan.

“Hari ni (Puma) menghembuskan nafas (terakhir). Semalam baru cakap Puma kalau nak pergi, mummy (Nur Farah) dan papa dah reda. Hari ni betul-betul ‘dia’ pergi. Selama ni ‘dia’ bertahan sebab nak saya cakap macam tu saja,” tulisnya di dalam video berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai bersimpati dengan nasib yang diterima oleh Puma dan berharap agar ada keadilan buat Puma dan pemiliknya itu.

Ada juga individu yang berkongsikan cara untuk mengemukakan lap0ran mengenai hal yang membabitkan kebajikan haiwan peliharaan mereka.

Antara komen netizen:

“walaupun dia HANYA lah seekor kucing. tapi dia sebahagian dari ahli keluarga dan terpahat kekal di hati. sayang dia sama level dgn anak². Allahuakhbar”

“Rujuk kt persatuan animal malaysia.cari kt FB minta pandangan..dorg blh bg pandangan mcm mana..semoga terbela nasib si comel”

Sumber : Tiktok @nurfarah9959

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *