“Bila Saya Cakap Jual Kayu Api, Ramai Gelakkan Saya.” Dia Tak Tahu Pendapatan Saya Sehari RM..

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau tak dipe cahkan ruyung manakan dapat sagunya. Begitu perumpamaan yang sinonim dengan usaha seorang lelaki ini.

“Sekadar mencuba, akhirnya membuahkan hasil yang tidak disangka.” Demikian kisah Mohamad Ammar Sobri dengan perniagaan menjual kayu api Unggun By The Shepherd yang pada mulanya dibuat secara sampingan.

Anak muda berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang ini menjalankan perniagaan jualan ‘kambing golek’ dan menggunakan kayu api sejak awal 2021, untuk menggantikan arang.

Pada awalnya, beliau menjual kayu api sekadar untuk menampung pendapatan perniagaan ‘kambing perap dan golek’ yang sedikit terjejas akibat pan,demik cvd.

“Sebenarnya saya sendiri tidak pernah terfikir akan menjual kayu api ini. Asalnya mahu mencuba menu daging yang berasaskan salai. Sebelum ini, kami menggunakan arang untuk bakar da,ging tapi kali ini kami cuba menggunakan kayu api.

Idea Tercetus

“Jadi semasa tengah buat menu d4ging smoked, ada rakan yang tanya kenapa tidak tolong sediakan kayu api untuk orang yang minat dengan aktiviti perkhemahan dan juga mahu membuat barbeku (BBQ). Dari situ saya mula terfikir dan cuba peluang ini ditambah pula saya sekeluarga suka berkhemah,” katanya dalam wawancara di premis perniagaannya di Kajang, Selangor. baru-baru ini.

Beliau turut menjelaskan perbezaan da ging smoked yang dihasilkannya berbeza dengan da.ging salai yang biasa ada dalam pasaran.

“Dag ing smoked menggunakan kayu api tetapi dimasak di dalam smoker brick atau dalam smoker offset antara 6 hingga 12 jam (bergantung kepada jenis da ging) sehingga da.ging boleh dimakan terus berbanding daging salai yang perlu dimasak balik, sebagai contoh dagi ng salai masak lemak,” katanya.

Penggemar Aktiviti Perkhemahan Jadi Golongan Sasar

Menurut Mohamad Ammar, 33, beliau kemudian membuat keputusan untuk menjadikan jualan kayu api sebagai satu lagi sumber pendapatannya selepas yakin ia mempunyai potensi dan mensasarkan golongan yang gemar aktiviti perkhemahan serta sukar mendapatkan bahan ba,kar itu.

“Sekarang ramai yang suka aktiviti perkhemahan dan kebanyakannya tidak tahu cara untuk mendapatkan kayu api. Daripada situ saya terfikir mengapa saya tidak membekalkan kayu api yang mereka perlukan untuk aktiviti perkhemahan,” katanya.

Bermula daripada cetusan idea, kemudian lahirlah perniagaan menjual kayu api Unggun By The Shepherd. Untuk perniagaan ini, beliau mempunyai 3 orang pekerja untuk mem0tong kayu.

Bersihkan Kebun Getah, Ambil Pokok Sebagai Upah

“Biasanya pekerja saya akan masuk di kawasan yang hendak dijadikan projek pembangunan semula. Contoh ada kebun getah yang perlu dibersihkan, dan kami akan bersihkan secara percuma dan pokok yang dite bang, kayunya kami ambil sebagai upah.

“Dalam hal ini, kami bekerjasama dengan pihak pemaju, dan kawasan yang dibersihkan adalah untuk projek perumahan, ” jelas Mohammad Ammar, sambil menambah pihak bertumpu di kawasan sekitar Klang, Selangor.

Kesemua kayu yang dijual Mohamad Ammar kepada pelanggan adalah batang kayu dari pokok yang boleh ditanam semula seperti pokok rambutan, durian, getah, akasia, petai, cempedak, pokok bakau serta leban.

Sumber : FB Amar Emy

2 Jenis, 2 Saiz Kayu Dijual

“Kebanyakan kayu yang dijual adalah daripada pokok buah-buahan. Setiap kayu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Terdapat 2 jenis kategori kayu iaitu ringan atau kayu lembut dan kayu jenis keras.

Contoh kayu lembut ialah kayu pokok getah dan durian. Manakala kayu keras dari pokok bakau, rambutan, cempedak dan leban. Kayu keras sangat sesuai untuk tahan bara, untuk memasak dan sangat sesuai untuk kegunaan perkhemahan,” katanya.

Kayu yang dijual mempunyai 2 saiz, iaitu yang pendek, bersaiz 22.9 cm sementara yang panjang, bersaiz 45.7 cm. Setiap ikat mempunyai 17 batang kayu dengan harga bermula daripada RM20 hingga RM55, bergantung kepada jenis kayu.

Sumber : FB Amar Emy

Selain kayu api yang dijual kepada pelanggan, Mohamad Ammar turut menghasilkan papan pem0tong yang diperbuat daripada kayu manggis, yang dijual dengan harga RM100 satu.

Bercakap lanjut mengenai pelanggannya, Mohamad Ammar berkata, selain mereka yang mencari kayu api bagi kegunaan aktiviti perkhemahan serta pengusaha tapak perkhemahan, terdapat juga pelanggan, yang kebanyakannya kaum Cina, mencari kayu untuk kegunaan hiasan.

Raih Pendapatan Harian RM 400 – RM600

Berkongsi pendapatannya dalam penjualan kayu itu, Mohamad Ammar berkata beliau mampu meraih antara RM400-RM600 sehari.

Menurut Mohamad Ammar, sehingga kini, masih ada yang tidak yakin dengan potensi perniagaan jualan kayu api yang beliau usahakan bersama isterinya, Noremilia Sharmila Nawawi, 33.

“Bila saya cakap saya jual kayu api, ramai yang gelakkan saya. Soalan yang sering diajukan, apa dapat jual kayu api? Ada lagi ke orang di Kuala Lumpur hendak beli kayu api? Ternyata mereka silap. Sebenarnya di Kuala Lumpur masih ada golongan yang memang mencari kayu api.

“Contoh, baru-baru ini datang 5 orang pelanggan ke kedai saya mereka mencari kayu api untuk kegunaan majlis kenduri yang berkonsepkan rewang. Mereka perlu banyak kayu api. Selain itu ada juga yang baru berjinak dengan aktiviti perkhemahan. Kita akan kongsi kelebihan kayu yang sesuai digunakan,” katanya, sambil menambah, beliau memulakan perniagaan kayu api dengan modal hanya RM600 untuk membeli sebilah kapak jenama Fiskars yang berkualiti tinggi.

“Jadi apa yang saya nampak perniagaan kayu api ini bukan semata-mata kayu api, banyak lagi boleh dilakukan, bergantung kepada apa yang boleh kita tawarkan kepada pelanggan,” katanya.

Beliau dan isterinya. Sumber : FB Amar Emy

Mohamad Ammar turut menitip nasihat dan pesanan buat anak muda yang mungkin melalui pengalaman pahit yang sama atau sebarang mas,alah, untuk bangkit dan tabah menerima sebarang ujian.

“Dengan keadaan yang kita lalui ini, jangan terlalu memilih kerja, jangan cepat putus asa sebab kadang-kadang ada perkara yang datang itu, ia datang dengan ujian. Mesti bijak mencari peluang dan mencuba sesuatu yang baharu untuk diteroka.

“Disebalik ujian, insya-Allah ada ganjaran yang Allah SWT hendak beri yang mungkin mempunyai 1001 kelebihan,” jelasnya.

Demikian kongsi usahawan berjiwa tegar ini.

Semoga kisah beliau menjadi inspirasi anak muda lain, mencetus idea niaga untuk dijadikan kerjaya.

Sumber : Hmetro / Facebook Amar Emy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *