Sup Tauhu Telur, Menu Diet Cara Jimat Yang Sedap

Tauhu telur merupakan menu yang sedap jika kena cara masaknya. Tetapi, disebabkan ianya terlalu lembut, atau mungkin juga tidak tahu cara masak, ada yang buang begitu sahaja.

Kalau salah cara, kasar sedikit membalikkan tauhu ni atas kuali, hancur jadinya. Kalau tak nak ianya berkecai, boleh ikut cara ini. Menu sup tauhu telur ini juga sesuai dijadikan menu diet yang jimat.

Cara Masak Sup Tauhu Telur

Bahan-bahan:

  • 4 ketul tauhu telur (pot0ng ikut suka)
  • Sedikit tepung jagung, jangan bancuh air. Biar kering (untuk salut tauhu)
  • 2 biji bawang merah (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (ketuk & cincang)
  • 2 hiris halia (cin cang)
  • 4 biji cili padi (ketuk)
  • 1 biji telur
  • Isi ayam sedikit
  • 1 sudu kecil maggi cukup rasa
Nak tauhu dip0tong cantik, mula p0tong dari tengah, pada garisan hitam di tengah.

Cara memasak:

[1] Golek-golek tauhu yang dah dip0tong dalam tepung jagung.

[2] Goreng sekejap dan angkat.

[3] Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.

[4] Masukkan isi ayam dan cili padi.

[5] Bila ayam dah kering, masukkan air. Dah menggelegak pe cahkan telur dan kocak-kocak. Curah dalam kuah. Kemudian masukkan tauhu yang digoreng tadi. Besarkan api.

[6] Bancuh 1 sudu tepung jagung dengan sikit air. Curah dalam kuah untuk bagi pekat. (Untuk orang diet kalau tak nak letak tepung pun boleh)

[7] Perasakan dengan garam dan perasa kegemaran.

[8] Siap untuk dihidang.

Tips Lain

– perencah ikut suka. Kalau ada udang/sotong lagi manis je kuahnya.

– semasa menumis boleh letak sos tiram sesudu kalau suka (untuk orang diet, tak perlu letak kerana sos mengandungi kandungan gula yang tinggi)

– boleh pelbagaikan dengan sayur seperti lobak merah, brokoli, pak choy, baby corn, tomato atau cendawan shitake pun sedap (sangat digalakkan meletak sayuran bagi orang hendak diet)

Selamat mencuba.

Sumber : Shahlizawati Rahman Shah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *