Tips Hilangkan Kerak & Bersihkan Periuk Hangit. Guna 2 Bahan Je, Periuk Kembali Berkilat!

Hilangkan Kerak & Bersihkan Periuk Hangit

Kalau ada periuk hangit atau kuali yang berkerak, jangan terus buang sebab ada cara mudah untuk menanggalkan kerak tersebut.

Hanya perlu menggunakan 2 bahan, periuk berkerak kembali menjadi bersih.

Ramai dah cuba cara ini, memang menjadi.

Jika anda biasa masak rendang, biasanya periuk akan jadi berkerak seperti ini kerana rendang mengambil masa yang lama untuk dimasak.

Tapi jangan risau, selepas ini ikut saja tips ini untuk mencucinya.

Petua Hilangkan Periuk Hangit & Berkerak Guna 2 Bahan

Kalau ada periuk atau kuali yang berkerak kesan dari terhangit, jangan terus buang. Cuba langkah ni dulu:

  • Didihkan air dalam periuk yang hangit.

  • Masukkan 1/2 cawan baking soda dan 1/2 cawan cuka.

  • Biarkan mendidih 10 minit. Tutup api dan biarkan terus terendam.
  • Dah sejuk, bilas dengan air paip. Periuk akan kembali bersih.

Mudah bukan? Selamat mencuba..

P/s: Gambar dari Instagram Preston & Co.

Sumber: Susun Atur Sioca

ARTIKEL BERKAITAN:

Kuali Hitam Legend Bahay4! Jangan Ambil Mudah, Boleh Sebabkan Kanser

Pasti ramai yang masih menggunakan kuali hitam atau periuk yang hitam legam kerana ia dianggap kuali legend.

Namun, tahukah anda peralatan memasak seperti ini berb4haya untuk kesihatan tubuh badan manusia? Jom ikuti perkongsian oleh seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim yang menerangkan sebab kenapa kuali hitam ini b4haya untuk digunakan.

ADA APA DENGAN KUALI HITAM LEGEND?

Lapisan hitam di permukaan periuk sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.

Lapisan ini berpotensi menyebabkan k4nser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimi4 seperti p0lycyclic aromatic hydr0carb0ns (PAHs), heter0cyclic amin3s (HCAs) acryl4mide dan fur4ns. Bahan-bahan kimi4 ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.

Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan.

Tips Membersihkan Lapisan Karbon :

Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit.

Kemudian tuangkan setengah cawan ( baca artikel penuh )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *