PERBEZAAN MINYAK ZAITUN YANG KORANG WAJIB TAHU! TAK SEMUA BOLEH BUAT MASAK YA

APA ITU MINYAK ZAITUN?

Minyak zaitun adalah minyak yang diperolehi dari buah zaitun iaitu sejenis pokok tradisional dari lembah Mediterranean.

Buah zaitun yang ideal untuk minyak ini datang daripada pokok yang tumbuh lambat dengan batang yang ramping, berkedut dan berwarna kelabu dan mempunyai dahan yang cabang pecah-pecah.

Buahnya berbentuk bulat gemuk dengan warna hijau apabila mentah dan berubah menjadi kekuning-kuningan apabila sudah mula memasak.

Minyak daripada buah zaitun boleh digunakan dalam pembuatan kosmetik, ubat herba, dan sabun, dan juga sebagai bahan bakar untuk lampu minyak. Selain daripada itu, ia juga popular digunakan dalam masakan.

Namun, masih ramai yang buat kesilapan dalam penggunaan minyak zaitun / olive oil.

Ikuti perkongsian daripada saudari Suriati Omar mengenai perbezaan penggunaan minyak zaitun ini.

Baca perkongsiannya:

Masih ramai yang buat kesilapan dalam penggunaan minyak zaitun / olive oil.

Dibawah saya share sedikit berkenaan jenis-jenis minyak olive oil:

EXTRA VIRGIN OLIVE OIL.

Hasil pertama dari buah zaitun dan memiliki kualiti yang paling bagus dibanding jenis olive oil yang lain. Olive oil jenis nie tak sesuai utk memasak kerana mudah teroksida. Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berb4haya.

ORIGINAL VIRGIN OLIVE OIL.

Jenis ini diperolehi daripada proses memerah buah zaitun, sebab tu lagi murah dari extra virgin. Jenis ini digunakan untuk menumis.

LIGHT/EXTRA LIGHT OLIVE OIL.

Jenis ini pula digunakan untuk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis atau memanggang.

Walaupun ia melalui proses penyulingan lebih daripada sekali, jenis ini lebih sihat dibandingkan minyak goreng biasa.

Tag kawan yg Tengah diet tu..

Sumber : Suriati Omar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *