Resepi Biskut Batang Buruk Inti Tepung Kacang Hijau, Mudah, Lilit Kat Straw Je!

Antara hidangan biskut raya yang wajib bagi kebanyakan rumah adalah biskut batang buruk. Meski namanya buruk, tetapi kalau sudah mula mengunyah, boleh lupa diri. Sedapnya jika dijadikan kudapan sambil menonton televisyen boleh habis sebalang.
Mudah sahaja cara membuatnya. Berikut resepi dikongsikan oleh Ruzita Hashim.
Resepi Biskut Batang Buruk
Bahan-Bahan:
- 2 bungkus besar kulit popia
- 3 bungkus tepung kacang hijau
- 800 gram gula aising
- 2 biji putih telur – sebagai pelekat
- Straw saiz besar
- Minyak – untuk menggoreng
Cara-Cara:
[1] Pot0ng kulit popia memanjang seperti di dalam gambar mengikut ukuran pembaris.
[2] Cabut sehelai demi sehelai kemudian gulung di straw dan gunakan putih telur sebagai pelekat. Telur jangan sampai terkena straw, kalau kena nanti susah sikit tanggal. Setelah menggulung, tutup dengan tuala bersih lembap agar kulit popia tak cepat kering.
[3] Bila dah siap gamkan semua, jemur dengan straw yang dah dililit kulit popia tadi sekejap dalam 5 – 10 minit jika cuaca panas, kemudian boleh keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya. Kalau melekat sedikit, pusing-pusingkan straw tu, nanti tanggal.
[4] Seterusnya, tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana sehingga garing dan ringan.
[5] Kemudian boleh angkat dan sejukkan.
[6] Bila dah sejuk, masukkan gula aising – kisar gula sampai jadi halus.
[7] Gaul ratakan gula dengan tepung sampai sebati.
[8] Selepas itu, goreng kulit popia dalam api yang sederhana sehingga sedikit kekuningan dan angkat. Biarkan sejuk. Dah sejuk jangan dedahkan terlalu lama.
[9] Akhir sekali, sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis. Simpan dalam bekas kedap udara.
Siap!
Nota: Ada yang tak sumbat pun dengan tepung kacang hijau, hanya gaulkan bagi rata
Resepi ni dapat 2 kilo setengah, kalau nak buat sikit, boleh bahagikan 2 bahan-bahan diatas.
Sumber : Ruzita Hashim