Resepi Pencicah Thai Sedap! Mudah, Blend Kasar Semua Sekali..

Hidangan seperti ikan bakar, kerang bakar mahupun makanan laut lain yang dibakar atau dipanggang tidak boleh dipisahkan dengan sos pencicah.

Sos inilah yang membuatkan rasa hidangan bertambah sedap. Apatah lagi bila rasanya ada elemen-elemen masam , manis serta pedas.

Antara pencicah yang paling terkenal serta membuat ramai terliur adalah pencicah Thai. Tak perlu beli pun, mudah sahaja, buat sendiri di rumah. Berikut dikongsikan caranya oleh Saudari Siti Zubaidah Ibrahim.

RESEPI PENCICAH THAI SEDAP!

Bahan-Bahan

  • Bawang putih 7-8 ulas
  • Cili – bergantung pada kepedasan masing-masing
  • Akar pakchi @ketumbar
  • Limau nipis 6-7 biji
  • 2 sudu sos ikan
Optional – Kalau nak tambah perasa boleh letak kiub ayam

Cara-Cara

[1] Tumbuk bawang putih, cili dan akar ketumbar. Saya guna chopper, sebab malas nak tumbuk.

[2] Kemudian letak sos ikan dan gaulkan sekali.

[3] Perah limau nipis, letak gula, garam sedikit sahaja dan perasa.

[4] Daun ketumbar pot0ng-p0tong dan gaulkan sahaja. Kalau tak nak p0tong dan nak lagi senang korang chopper kan skali daun ketumbar tu. Siap.

Perhatian 

Kalau pencicah tu pekat sangat boleh tambah sedikit air suam.

Boleh la untuk jadikan pencicah untuk kerang, udang, sotong, ikan, ayam, yang telah direbus atau diba,kar. Yang saya buat sotong sumbat bakar.

SELAMAT MENCUBA. Saya halalkan kepada semua termasuk yang nak buat untuk berniaga.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Siti Zubaidah Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *