Teknik Botolkan Sambal Agar Tahan Sampai 6 Bulan Tanpa Guna Pengawet

Mereka yang baru hendak berkecimpung dalam dunia perniagaan makanan dan minuman terutamanya pasti tercari-cari cara agar makanan dan minumna yang dijual tahan lama berbulan-bulan tanpa menggunakan pengawet.
Kaedah yang dikongsikan oleh Puan Nurul Fazlina seorang usahawan sambal ini pastinya cukup berguna untuk peniaga dari rumah yang lain. Beliau berkongsi cara membotolkan sambal agar tahan lama tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet.
Menurutnya kaedah yang diguna ini membolehkan sambal kekal elok dimakan selama 6 bulan walau disimpan dalam suhu bilik. Bukan sahaja untuk usahawan, tetapi cara ini sesuai untuk mereka yang hendak menyimpan sambal buat kegunaan sendiri di rumah.
Berikut kongsinya;
Kaedah Botolkan Sambal Supaya Tahan Lama
Jom nak kongsi macam saya bottling produk sambal tanpa menggunakan bahan pengawet. Insha Allah boleh bertahan selama 6 bulan di luar dengan suhu bilik. Semoga bermanfaat kepada kawan-kawan semua.
[1] Botol-botol kaca ini mesti kena basuh dahulu sebelum kita rebus.
[2] Didihkan air dalam periuk besar. Setelah mendidih, masukkan botol-botol tadi, rebus selama 20 minit. Rebus juga penutupnya selama 20 minit. Setakat ini botol kaca belum pernah yang direbus belum pernah pecah lagi.
[3] Setelah 20 minit, angkat botol-botol serta penutupnya dan toskan sehingga airnya benar-benar kering.
[4] Kemudian bolehlah isi sambal dalam botol tadi.
[5] Siap mengisi sambal, tutup semula dengan penutup. Kukus semua botol berisi sambal dalam tempoh 20 minit. Bertujuan agar sambal tahan lebih lama.
[6] Selesai mengukus, angkat dan biarkan sambal sejuk. Kemudian, barulah seal dengan plastik.
[7] Ini sambal yang sudah siap dibotolkan dan dilabel.
Video Cara Botolkan Sambal Tahan 6 Bulan
Boleh lihat video penuh di link Facebook Puan Nurul Fazlina sendiri :Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.
Sumber : Nurul Fazlina