Cara Pantas & Berkesan Nyahkan Kutu & Telur Kutu Dari Beras. Dijamin Bersih Puas Hati!

Bubuk atau kutu beras ni memang msuh para suri rumah, apatah lagi bubuk ini memang cepat membiak. Boleh sa,kit mata dibuatnya nampak kutu ini berjalan-jalan dalam beras.
Selalunya beras yang dise,rang kutu akan jadi kurang enak apabila di masak, lembik dan mudah basi. Hendak dibuang, tak elok membazir. Jadi gunalah petua yang dikongsikan ini untuk menyahkan semua pengganggu dalam beras tersebut.
Ini tips yang dikongsikan oleh saudari Nurhasanah Harun. Berikut kongsinya;
Bersihkan Kutu Beras Menggunakan Oven
6 bulan tinggal rumah, beras pun bubuk dah berkampung. Sayang nak buang sebab elok lg. Cara saya tak jemur sebab saya malas keluar rumah. Lagipun sekarang cuaca hujan.
Cara-Caranya
[1] Panaskan oven sekejap, masuk beras dalam tray.
[2] Masukkan tray tadi dalam oven lebih kurang 10 minit biar betul-betul panas semua beras tu. M4ti lah bubuk sekali ulat-ulat dia.

[3] Kalau tiada oven tu boleh goreng tanpa minyak dalam kuali. Sekejap sahaja, agak-agak panas. Jangan goreng perang macam nak buat pekasam pulak.
Macam mana nak tau beras masih elok?
Cuba basuh beras kalau tiada beras warna putih timbul banyak-banyak tu maknanya elok. Kalau banyak timbul dan ringan tu cuba la patahkan beras tu. Dalam dia ada ulat bubuk.

Demikian kongsinya.
Sementara ini ramai turut berkongsi kaedah lain.
Letak bunga cengkih/ kayu manis dalam beras.
Masukkan bawang putih ke dalam beras.
Simpan beras di dalam peti ais.
Semoga bermanfaat. Selamat mencuba.
Sumber : Nurhasanah Harun/MATJHN