Resepi Biskut Bunga Cina Guna 3 Bahan Sahaja, Bakar Guna Kuali Je!

Biskut Bunga Cina Guna 3 Bahan
Oven sis rosak?
Sis teringin nk buat biskut?
Haa, apa kata sis cuba pakai kuali je. Kejadiannya pun wowww! Cantik dan menjadi macam bakar guna oven.
Sis buat biskut bunga Cina yang dulu-dulu punya.
BISKUT BUNGA CINA
Guna 3 bahan je :
1 paket tepung jagung 350gm
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan planta
Cara membuatnya :
Kacau Planta dengan susu pekat.
Kemudian masukkan tepung jagung dan uli manja dengann tangan. Kalau adunan masih lembik, tambah sikit-sikit tepung jagung.
Hiasan terpulang pada kreativiti masing-masing
Dalam resepi ni, sis guna acuan pecah 14.
Beli kat sini : https://shope.ee/4V4h5nmpMm
Cara bakar biskut raya atas dapur gas :
- Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Pastikan alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.
- Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
- Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.
- Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
- Sukatan masa membakar ikut jenis biskut . Contohnya, biskut bunga cina ambil 15minit / sehingga kekuningan.
- Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.
Siap!
Siapa cakap tanpa oven maka tiada biskut raya? Lepas ni boleh la buat sendiri biskut raya, tak ada dah ‘kuih tunjuk’.
Selamat mencuba!
Credit & Idea: Norizaawanghamat