Buat Sendiri Semburan Serangga Guna Kunyit & Beberapa Bahan Dapur. Tanaman Cantik, Bebas Serang4n Per0sak!

Buat Sendiri Semburan Serangga Guna Kunyit Dan Bahan-bahan Dapur…
Cara-cara nak buat semburan serangga, ulat, semut, hama, kerinting dan macam-macam masalah tanaman.
Boleh baca. Saya dah share beberapa bulan yang lepas.Ni saya copy semula untuk yang baru join grup ni.
Lengkap semuanya. Mudah sangat. Saya guna bahan-bahan yang ada di dapur sahaja.
Baik, saya sediakn cara-caranya di sini :
1) Sediakan botol minuman 1.5L.
2)Ambil sesudu besar serbuk kunyit dan masukkan ke dalam botol yang sudah disediakan.
3)Ambil 5 tangkai cili padi sama saiz. Patahkan 2 atau 3. Masukkn ke dlm botol.
4)Ambil 5 ulas bawang merah yang kecik (bukan bawang putih atau bawang besar). Belah dua dan ketuk sikit bagi pecah lalu dimasukkan ke dalam botol tadi. Kulitnya sekali ya.
5)Isikan penuh air biasa ke dlm botol. Goncang.
6)Peram semalaman dalam suhu bilik. Saya letak bawah sinki.
7)Keesokannya (slps 24 jam) dah boleh digunakan.
Isi dlm botol spray. Tak perlu tambah air lagi. Spray pada pokok yang brmasalah terutamanya daun.
Sesuai untuk semua pokok sayur dan bunga berumur sebulan ke atas.

Sumber : Pertanian Satu Perniagaan

Sumber : Pertanian Satu Perniagaan
Fungsi kunyit untuk mematikan kulat / hama/ kutu/ ulat dsb pada daun dan batang. Cili padi dan bawang sebagai agen pemangkin kem4tian. Ibarat wajah yang berjerawat, kunyit digunakan untuk mengecutkn jerawat dan digunakn pada waktu malam.
8)Syor saya, gunakn dua atau tiga kali seminggu. Petang sahaja, pukul 6.30 ke atas.
Bakinya boleh simpan. Bukan dalam peti sejuk. Letak dalam suhu bilik. Air semburan ini boleh tahan sehingga 7-10 hari sahaja.
Lengkap ye.
Selamat mencuba!
Kredit: Liyana Mohd Poad via Pertanian Satu Perniagaan