Cara Buat Koktel Buah-Buahan, Makan Sejuk-Sejuk Tak Pandang Kiri Kanan Dah!

Sebut sahaja koktel buah-buahan, pasti terbayang akan kesegarannya serta kesedapannya. Apatah lagi dimakan sejuk-sejuk ketika cuaca panas ataupun ketika berbuka. Memang tak toleh kiri kanan dah. Hirup, mengunyah sampai habis secawan!

Tak susah pun sebenarnya buat koktel buah ini. Berikut resepi dikongsikan oleh Eniza M. Salim.

Resepi Koktel Buah-Buahan Sedap

Tak pernah jemu buat dan makan. Segar terasa tengahari ni dapat koktel buah2an yang dah disejukkan terlebih dulu..alhamdulillah.

Bahan-Bahan

  • 1 tin susu cair @ susu fresh milk (saya guna fresh milk)
  • 1/2 tin susu pekat (Boleh kurangkan atau ganti dengan madu)
  • 2 cawan air
  • 1 tin koktel buah-buahan @ buahan segar seperti anggur, buah naga, epal, buah lai, buah pear, betik
  • 1 tin laici
  • 1 paket jelly sumi
  • Biji sagu yang telah dimasak.
  • Biji selasih yang telah kembang
  • Ais batu

Cara-Caranya;

[1] Campurkan semua dalam satu bekas besar.

[2] Simpan sejuk atau letak ais.

[3] Sedia untuk dinikmati. Saya suka letak dalam bekas kecil-kecil mudah simpan dan mudah untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Sumber resepi dan foto : Eniza M Salim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *