Resepi Biskut Casablanca Viral, Rangup & Tersangat Sedap, Rugi Tak Cuba!

Mungkin ramai yang tak pernah dengar atau pertama kali dengan biskut Casablanca ini. Mungkin juga ramai yang tak pernah lihat dihidangkan semasa hari raya.
Tapi percayalah, biskut ini sememangnya sedap. Dengan bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini, memang sangat rangup!
Berikut dikongsikan resepi daripada saudari CT Liz.
Resepi Biskut Casablanca
Bahan-Bahan
- 2 cawan mentega
- 1 sdb shortening
- 1 1/2 cawan gula kastor( nak manis lebihkan)
- Esen vanila
- 2 cawan nestum diramas
- 1 cawan oat – panggang dan kisar 1/2 cwn serbuk badam
- 1/3 cawan bijan hitam *saya ganti chia seed + biji selasih
- 2 cawan cornflakes – Diramas
- 3 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sdb tepung beras
Cara Penyediaan
[1] Sebatikan mentega+ gula+ esen vanila & shortening sehingga kembang.
[2] Kemudian masukkan nestum+oat+ cornflakes+ badam & bijan ke dalam mentega tadi.
[3] Kacau atau uli adunan.
[4] Kemudian masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.
[5] Terap dengan acuan, sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri merah atau badam.
[6] Ba,kar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit (ikut oven masing2).
Perhatian
Adunan agak berderai sebab tambah cornflakes..tekan bagi padat.. cornflakes tak mesin halus yer..sebab nak rasa rangup tu.
Rasa biskut ini rangup dan sangat-sangat sedap.

Selamat mencuba.
Sumber : CT Liz / YatiYati