Masak Sendiri Phad Kra Phao Ringkas, Tak Perlu Pergi Kedai Thai

Bukan sahaja mudah menyediakan, tapi sedap dan anak-anak pun suka. Sesuai dimakan dengan telur mata. Itulah Phad Kra Phao, menu makanan Thailand yang popular di negara ini.

Rahsia penyedapnya ada apa sos serta daun yang digunakan dalam masakan. Apa kata masak sendiri di rumah, untuk dijadikan menu berbuka ataupun bekal anak-anak pergi sekolah, boleh juga dijadikan bekal untuk pergi kerja.

Berikut resepinya dikongsikan oleh saudari Azwa Muhammad;

Dah tak ada idea nak masak apa harini? Tiber teringin nak makan PHAD KRA PHAO makanan Thailand. So jadi lah yang terpaling simple punye resepi nyummy !!

Resepi Phad Kra Phao

Bahan-Bahan (untuk 2 orang makan) :

  • Ayam – cin cang halus (saya buat tak halus mana asal kenyang)
  • Sos ikan – 5 sb
  • Kicap – 2 sb
  • Secukup rasa – 1 sk
  • Gula – 2 sb
  • Daun selasih/basil leaves – ikut banyak mana nak letak

 

daun basil

Bahan tumbuk

  • Bawang merah – 1 labu besar
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Cili api merah – 8 ulas

Cara-Caranya

[1] Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, kacau-kacau. Bila dah agak-agak layu sikit masukkan ayam cin,cang.

[2] Kemudian masukkan kicap, sos ikan, secukup rasa, gula dan daun selasih.

[3] Kacaukan sampai ayam masak dan cukup seimbang semua rasa.

[4] Its done!! Makan dengan nasi putih dan telur mata . Rugi tak cuba tau.

Selamat mencuba.

Sumber : Azwa Muhammad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *