Resepi Biskut Gunting Tepung Bestari, Kudapan Kegemaran Ramai

Biskut gunting merupakan kudapan yang digemari ramai, membuka selera siapa sahaja termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Bukan hanya di hari biasa, ia turut menjadi hidangan semasa musim perayaan.

Mungkin anda boleh mempertimbangkan biskut gunting tepung bestari antara hidangan biskut raya bagi tahun ini. Tidak pun, mungkin anda berminat untuk menjualnya untuk menambah ekonomi keluarga.

Membuatnya mudah tapi rasanya sedap. Berikut resepinya;

Resepi Biskut Gunting Tepung Bestari

Bahan-Bahan

  • 1  1\2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ayam jenama bestari perisa spicy (biar rasa pedas-pedas sikit)
  • 1 biji telur
  • 4 sudu mentega
  • 3 sudu besar serbuk kari (jenama apa-apa pun boleh)
  • Daun sup (dihiris halus) @ daun kari
  • Jintan manis sedikit
  • Sedikit garam

Kalau tak jadi doh, letak air sedikit sehingga menjadi doh yang tak lekat di tangan.

Cara-Caranya

[1] Masukkan semua bahan di atas, kemudian masukkan garam secukup rasa, serta daun sup yang telah dihiris halus.

[2] Gaul sampai menjadi doh dan tak melekat di tangan.

[3] Selepas itu gulung memanjang dan gunting menyerong macam dalam gambar.

[4] Akhir sekali bolehlah digoreng dengan api sederhana besar, sampai kekuningan.

[5] Siap!

Bancuhan tu saya dapat balang tinggi tu. Kalau nak buat banyak boleh gandakan adunan bahan ya.

Selamat mencuba.

Sumber : Oresepi/ Resepi Memikat Suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *