Resepi Cucur Udang Tanpa Yis / Soda Bikarbonat

Resepi cucur udang tanpa menggunakan yis atau soda bikarbonat ini dikongsikan oleh chef Aezach AR. Meski tanpa bahan itu, cucur ini tetap lembut dan sedap.

Cicah dengan sos pencicah, makan semasa hujan-hujan, tak berenti mengunyah.

RESEPI CUCUR UDANG (tanpa yis/ soda bikarbonat)

Bahan-Bahan

  • 500gm tepung gandum
  • 250gm taugeh
  • 150gm daun bawang – dip0tong kecil
  • 150gm bawang besar – dihiris
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 biji telur
  • Udang – dibuang kulit
  • Lobak merah – optional
  • Cili merah – optional

Cara-Cara

[1] Campurkan semua bahan-bahan di atas bersama air, sedikit demi sedikit sehingga sebati.

[2] Biarkan sebentar selama 30 minit sebelum menggoreng.

[3] Goreng dengan api perlahan supaya garing di luar dan lembut di dalam, boleh tambahkan sesudu marjerin untuk lebih rangup.

Selamat mencuba.

Kredit: Aezach AR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *