Resepi Ayam Masak Kicap Kering Versi D0ktor, Ringkas Tapi Lazat!

Nampak lazat! Ayam masak kicap kering versi d0ktor ini raih 41 ribu share wajib dicuba
Selain isinya yang lembut, ayam menjadi pilihan sebagai sajian kerana ia mudah dimasak dengan pelbagai cara dan resipi.
Lihat foto ini pun dan nampak lazatnya, anda memang kena cuba sendiri kerana rasanya lain daripada lain!
Berikut resepinya dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan;
Resepi Masak Ayam Kicap Kering
Tak ada orang tak tahu cara nak masak ayam masak kicap, tapi setiap orang cara masaknya berlainan. Saya suka ayam masak kicap yang tak berkuah. Lagi kering lagi suka! Jadi, ni cara saya.
Bahan-bahan (2-3 orang makan)
- ½ ekor ayam
- 1 tangkai cili merah
- 1 tangkai cili hijau
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah ros
- 1 inci halia
- 3-4 sudu besar kicap lemak manis
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
Cara Masakan
[1] Bahan segar dip0tong kasar dan ditumis sehingga naik aroma.
[2] Ayam kena p0tong kecil-kecil supaya cepat masak. Kalau nak lagi cepat, guna bahagian dada sahaja. Cuma kena ingat, bahagian paha, kepak, leher dan kakilah yang paling sedap. Tumis ayam!
[3] Bila nampak ayam kuning, capai kicap lemak manis dan curah atas ayam. Agak-agak sahajalah. Kalau tak suka makan manis, guna kicap lemak masin. Saya gunakan api besar. Sentiasa gaul ayam.
[4] Capai pula sos cili, masukkan. Bahan-bahan ni saya percaya semua orang ada dalam peti ais di rumah masing-masing.
[5] Sekarang giliran sos tomato. Manis dah ada, masin dah ada, maka kena ada rasa masam. Selain beri rasa masam, tomato beri rasa umami. Sos-sos ni juga membantu pekatkan kicap.
[6] Bila dah kering, letaklah apa-apa daun. Biar nampak rupa sikit. Kalau tidak, gelap je kejadiannya. Kalau ada hijau sikit, merah sikit, baru menyelerakan. Siap! Dah boleh hidang.
Sedap, lazat dan menyelerakan.
Selamat mencuba.
Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan