Tanam Celery Guna Tunggul, Guna Tanah Jenis Ni Supaya Pokok Tak M4ti

Batang saderi atau celery antara bahan yang digunakan dalam masakan jenis sup atau berkuah. Tapi, kalau masukkan dalam makanan bergoreng pun sedap kerana teksturnya yang rangup.

Sebenarnya pokok celery ini boleh ditanam sendiri di rumah. Tak perlu guna biji benih. Guna tunggulnya sahaja, lebih cepat tumbuh.

Caranya ada dikongsikan oleh saudara Zaid Azizy Yaakob.

Cara Tanam Celery, Semai Guna Tunggul

Hidup dah celery. Tunggul dia kita semai. Pakai medium tanah berpasir. Lepas ni dah boleh baja. Biar gemuk. Jadi tak perlu dah beli setongkol besar celery. Nak pakai ambil je satu pelepah dia. Kan jimat.

[1] Kalau dah beli celery, simpan tunggulnya. Tak perlu cari tunggul yang ada akarnya.

[2] Tanam tunggul celery tu dalam tanah berpasir. Ini penting supaya air tak bertakung. Hati-hati! Pokok celery ni tak perlu banyak air. Nanti akarnya busuk.

[3] Kemudian, siram sedikit air sahaja. Siram masa mula tanam saja. Kalau kering sembur air, supaya tanah lembap.

Dah tumbuh tunas baru siram, itu pun sikit sahaja, pada waktu pagi.

[4] Kalau dah tanam tu jangan letak bawah cahaya terik. Letak di bawah bumbung tapi kena ada cahaya, Cuma tak panas dan tak kena hujan. (Saya letak bawah bumbung lutsinar)

Tips Penting Tanam Celery!

  • Pastikan tak siram banyak air.
  • Jangan letak di tempat terdedah yang terlalu panas.
  • Guna pasir bila semai.

Punca pokok celery biasanya m4ti adalah disebabkan air banyak dan diletakkan di tempat panas.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Sumber : Zaid Azizy Yaakob

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *