Buat Sendiri Kiub Pati Ayam Secara Homemade, Yang Penting Bebas MSG!

Cara Buat Kiub Pati Ayam Bebas MSG
Stok ayam ni banyak gunanya. Selain dijadikan bahan perasa dan penyedap pada masakan, ia juga menjimatkan masa memasak. Hanya dengan satu kiub sahaja ia boleh menjadikan masakan anda beraroma serta lazat!
Namun, kebanyakan kiub pati ayam yang dijual di pasaraya mengandungi MSG yang kurang baik untuk kesihatan.
Sebagai alternatifnya, anda boleh hasilkan sendiri kiub pati ayam menggunakan bahan-bahan segar dan asli. Anda juga boleh mengawal jumlah garam yang digunakan serta abaikan penambahan MSG.
Nak cuba buat sendiri? Jom kita lihat resipi perkongsian dari puan Mazliana Mazlan.
Demikian perkongsiannya:
Kita restock kiub ayam tanpa MSG lagi!
Selalu sangat buat kiub ayam, sampai dah hafal bahan ramuan dan langkah nak buat.
Senang sangat tau, tak terasa pun sebab kita letak dan tinggal je!
Jom tengok saya buat.
Bahan yang saya guna kalini;
Ayam tanpa antibiotik dan bebas hormone
Bawang besar
Celery
Kobis
Bunga cengkih
Daun bay
Dry herbs ( boleh ganti dengan mix herbs ikut kesukaan masing-masing )
Garam Himalaya
Cuka epal
Air
Cara-caranya:
Mula saya kisar ayam 5 saat. Dah jadi ayam kisar tauuu. Power kan.
Kemudian kisar sayur yang banyak 10 saat pulak. Pun halus terus, 10 saat je. Express betul.
Dah siap kisar semuanya masukkan semua bahan lain, dan masak 25 minit. Tinggal je, tak payah tunggu depan Thermomix pun. Banyak betul kerja boleh setel waktu ni kan.
Dah siap masak, kisar bagi hancur semuanya 1 minit.
Selesaiii! Mudah sangat kan.
Kemudian saya masukkan dalam bekas silikon, simpan dalam freezer semalaman. Esoknya dah jadi kiub. Mudah betul.
Selamat mencuba!
Kredit : Mazliana Mazlan