Resepi Tuna Puff Instant Roti Paratha, Guna 3 Bahan Je!

Musim hujan ni perut asyik lapar. Pekena tuna puffs panas-panas pun sedap jugak. Nak buat sangatlah senang. Guna 3 bahan sahaja. Mudah, cepat dan ringkas. Tapi rupa dan rasanya dah macam yang dijual di bakeri.
Berikut resepinya dikongsikan oleh saudari Shai Anne Ahemed;
Resepi Tuna Puff Instant
Bahan-Bahan
- Roti Paratha
- Tuna (boleh ganti dengan sardin kesukaan)
- Telur
Cara Penyediaan
[1] Hiris kiri dan kanas roti paratha dan tinggalkan kosong di tengah untuk inti tuna. Boleh rujuk gambar.
[3] Letakkan inti tuna atau sardin di bahagian tengah.
Lipat ikut gambar.
[4] Sapu bahagian atas dengan telur.
[5] Bakar dalam air fryer suhu 170°C dalam 10 minit.
[6] Balikkan dan tambah 5 ke 7 minit lagi menggunakan suhu yang sama.
Roti Paratha bakar kosong pun dah sedap. Gebu roti tu jadinya.
Tips
Untuk kesedapan inti tuna tu boleh olah ikut citarasa masing-masing. Nak buat sendiri pun boleh (macam Ann ikut kemalasan sendiri, so lebih cepat dapat ngap je).
Selamat mencuba.
Sumber : Shai Anne Ahemed