Petua Sambal Kerang Lembut Dan Sedap! Jangan Rebus Untuk Keluarkan Isi, Tapi Lakukan Ini

Petua Sambal Kerang Lembut Dan Sedap

Serba salah min nak tayangkan menu hari ini. Ada yang cakap menu kayangan. Yelah, kalau nak order kat luar boleh tahan juga harganya! Jadi kita buat sendiri lah kat rumah kan?

Jom ikuti resepi sambal kerang daripada saudari Ida Akmal Idameor dan tips daripada Azie Kitchen ni. Demikian perkongsiannya:

RESEPI SAMBAL KERANG TUMIS KAYANGAN

Suka tak SAMBAL KERANG..

Akak tanya je..

Akak belanja resepi ye..

(Akak tak minta banyak pun.

Doakan Akak sihat..)

Bahan-bahan

Isi kerang

Cili kering (di kisar)

Bawang merah (di kisar)

Bawang putih (di kisar)

Sedikit belacan

Sebiji bawang besar( di hiris bulat)

Satu batang serai titik

Air asam jawa

Sos cili sedikit

Sos tomato sedikit je

Garam dan gula

(#kuantiti bahan ikut citarasa sendiri ye)

Cara-cara memasaknya:

Kerang di ambil isinya.

Panaskan kuali, hancurkan belacan, goreng hingga naik bau belacan.Tumis bahan kisar..

Tumiskan cili kisar, dan serai titik tadi hingga naik minyak..

Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato sedikit kacau sehingga sebati..

Masukkan isi kerang dan hirisan bawang, kacau rata..jangan terlalu kering biar berkuah sedikit ye😘

Rasa dulu, dah ok blh di hidangkan. Siap!

Tips : Kerang kalau boleh jangan direbus. Nanti ia menjadi terlalu masak dan tak sedap. Sebaliknya selepas dibasuh bersih, terus masukkan ke dalam kuali. Tanpa air. Nyalakan api dan tutup kuali tadi. Selepas beberapa minit, buka penutup dan kacau rata. Setelah kerang mula terbuka, bolehlah padamkan api dan sedia untuk dikopek isinya. Kalau boleh, jangan beli isi kerang yang telah dikopek. Kita tak tahu kebersihannya. Ada ketika, ianya berbau hanyir.

(Kredit : Azie Kitchen)

Selamat mencuba!

Sumber : Ida Akmal Idameor, Azie Kitchen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *