Buat Satu Adunan Dapat 3 Jenis Kuih, Sangat Jimat Masa! Ikut Cara Ini

Hanya dengan satu resepi adunan doh boleh buat 3 jenis kuih sekaligus.. Mudah sahaja caranya dan memang menjimatkan masa. Apatah lagi para ibu-ibu yang ada anak-anak ramai. Masa itu sangatlah berharga.
Menerusi perkongsian saudari Nitaharry, beliau telah menunjukkan cara-cara menghasilkan doh yang boleh digunakan untuk menghasilkan donut, cakoi dan pau yang sangat sedap.
Istimewanya, bukan hanya kuih. Kalau ada oven, bila dibakar, boleh jadi roti atau pizza!
Berbaloi kan? Jimat masa dan tenaga. Nak tahu resepinya? Ayuh lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi 1 Adunan Doh, Boleh Dapat Donut, Pau Dan Cakoi
Bahan-Bahan
- 400g tepung gandum
- 1 cawan air suam
- 1 sudu besar marjerin
- 1 sudu kecik garam
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar susu pekat manis/susu tepung
- 2 sudu kecil yis mauripan
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 biji telur
Cara-Caranya
[1] Kalau guna breadmaker, masukkan sahaja semua bahan ke dalam breadmaker.
[2] Jika uli menggunakan tangan, macam biasa satukan air suam, gula, yis dan susu pekat. Bancuh kemudian biarkan hingga berbuih/kembang.
[3] Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan boleh uli seperti biasa.
[4] Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut jenis kuih yang hendak dibuat seperti donut, cakoi atau pau.
Tips Tambahan:
Untuk Kuih Donut
Ambil doh mengikut saiz donut yang disukai. Bulatkan doh dan buat lubang di tengah menggunakan jari.
Untuk Kuih Cakoi
Uli doh kemudian gelek sampai jadi leper. P0tongkan memanjang. Letak lidi di tengah dan tekankan.
Untuk Kuih Pau
Leperkan doh dan letak inti yang disukai. Bulat-bulatkan. Biarkan kembang sedikit sebelum dikukus.
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.
Sumber : Nitaharry/Rencahrasa