Resepi Thai Desert ‘Boba Kampung’, Buat Banyak Kali Sebap Sedap Sangat!

Siapa sahaja yang tak suka dengan pemanis mulut/desert. Nak-nak pula rasanya lembut, manis-manis berlemak serta sejuk.
Antara yang viral sekarang ini adalah ‘boba kampung’. Apa kata kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Cik Dayang Zuhaila ini. Mudah sahaja, dan sihat untuk anak-anak makan, berbanding boba yang dibeli di kedai-kedai minuman.
‘BOBA KAMPUNG’ RESEPI THAI DESSERT
BahanUntuk Boba
- 1 cawan Tepung ubi kayu
- Air panas mendidih
- 1 sudu besar gula
- sedikit garam
- Pewarna
Bahan-Bahan Kuah
- Santan
- Gula
- Garam
- Daun pandan
- Sagu
- Jagung
CARA-CARA:
[1] Sediakan air panas yang menggelegak. Masukkan air panas sedikit demi sedikit kedalam bahan boba yang telah disatukan. Uli hingga menjadi doh.
Tips: masukkan air panas sikit lepas tu uli, pastu masukkan lagi sikit-sikit selang seli macam tu. Kalau air banyak sekaligus doh akan jadi melekit macam gam tu.
[2] Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna kesukaan dan bentukkan guna acuan kuih siput.
[3] Rebus dalam air menggelegak. Dah terapung tos dan masukkan dalam ais supaya tidak melekat-lekat. Ketepikan.

[4] Dalam periuk masukkan air, gula, garam & daun pandan. Kemudian masukkan santan. Bila menggelegak sikit masukkan sagu dan jagung.
[5] Toskan doh biji boba tadi dan masukkan dalam kuah santan.
Siap sedia dimakan masa panas-panas atau tambahkan ais pun sedap!
SELAMAT MENCUBA!
Kalau susah nak membuat doh boba tu, boleh beli yang siap terus. Sis Fizan Dyla ada jual;
Sis Maslehani Salleh pun ada jual.
Sumber : Cik Dayang Zuhaila