Resepi Nangka Muda Masak Lemak Cili Padi, Sangat Enak!

Pelbagai resepi lauk boleh diolah dengan menggunakan santan atau lebih popular dengan nama masak lemak. Antaranya adalah nangka muda masak lemak cili padi. Memang tersangat sedap. Boleh bertambah-tambah nasi. Apatah lagi dimakan dengan ikan kering dan sambal belacan.
Berikut cara memasaknya;
Resepi Masak Lemak Nangka Muda Cili Padi
Bahan Kisar
- Kunyit hidup 1 inci (lebih kurang)
- Ikan bilis sikit (agak-agak)
- Cili padi 1/2 genggam
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia sedikit
- Ketumbar dan jintan putih sedikit (pilihan, siapa suka boleh letak)
(Kisar semua bahan ini smpai halus atau separa halus)
Bahan Lain
- Nangka muda 1/2 biji (p0tong dan rebus sampai separa empuk dan toskan airnya)
- Serai titik
- Daun kunyit sehelai dua
- Sesudu rempah kari daging babas (ini antara rahsianya, jarang orang letak)
- Santan kara 200ml
- Air
- Garam
- Asam keping
Cara-Caranya
[1] Tumis bahan kisar dan serai sampai pecah minyak.
[2] Kemudian tambah serbuk rempah kari daging Babas dan air sedikit. Kacau-kacau lebih kurang selama 5 minit.
[3] Masukkan nangka rebus tadi, air sikit dan santan kara sekotak kecil 200ml, kemudian kacau sebatikan. Teruskan mengacau dalam tempoh 10 minit, hati-hati, jangan sampai pecah minyak.
[4] Masukkan garam, asam keping dan daun kunyit.
[5] Biarkan selama 5 minit, setelah itu dah boleh tutup api.
Jika memasak dalam kuantiti yang banyak, bahan-bahan pun kena tambah sedikit ikut banyak mana nangka yang hendak dimasak.
Lain orang lain seleranya. Sesetengah orang suka masukkan ayam tetapi boleh juga jika tidak diletakkan. Terpulang pada selera masing-masing.
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.
Jangan lupa kongsikan kepada rakan dan keluarga.
Sumber : Dapur Kampung