Resepi Akok Kedut Pandan Mudah, Guna Cupcake Maker Je!

Kuih akok merupakan kuih tradisi yang sangat disukai ramai. Kuih yang popular di Kelantan ini kini sudah menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia, bukan hanya masyarakat Melayu tetapi semua bangsa.

Rasanya yang lemak manis dengan aroma pandannya membuatkan siapa sahaja yang makan tak cukup sebiji.

Susah ke buat kuih akok ni? Sebenarnya tak sukar mana pun. Berikut resepinya dikongsikan oleh Puan Nur Shahidar Amsyar;

Resepi Kuih Akok Kedut Pandan

Guna TRIO cupcake maker.

Mudah dan cepat.

Sedap wangi bau pandan.

Bahan-Bahan

  • 6 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air masakkan dengan 3/4 cawan gula dan daun pandan kemudian sejukkan (guna gula melaka lebih sedap, agak-agak manis ikut lidah sendiri)
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 4 sudu besar gandum
  • 1 sdt garam

Cara – Caranya

[1] Kisar atau gunakan whisk telur dan tepung-tepung.

[2] Masukkan santan dan garam dan air gula.

[3] Tapis dan bakar dalam Trio cupcake maker.

*Kalau guna oven, panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180 C dan griskan muffin tray dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam oven sehingga tray agak panas.

Keluarkan acuan dan tuang adunan ke dalamnya dalam 3/4 penuh sahaja.

Bakar selama 18-20 minit atau sehingga masak.

Setelah dikeluarkan dari oven, akok akan mengecut dan permukaan akan berkedut kedut. Lalukan dengan pisau ketika ianya masih panas panas supaya mudah dikeluarkan dari acuan.

[4] Kalau nak buat flavour jagung. Lepas tapis masukkan 1 cup jagung tin cream.

[5] Kalau nak guna pandan daripada 1 cawan air tadi, separuh gunakan untuk kisar daun pandan.

Selamat mencuba.

Kredit resepi dan foto: Nur Shahidar Amsyar

Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *