Resepi Biskut Makmur Susu Sedap Tak Terkata! Boleh Buat Berjualan

Setiap kali menjelang perayaan, sama ada Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha, biskut raya memang menjadi seperti suatu yang wajib dihidangkan di setiap rumah.

Antara biskut yang menjadi kegemaran ramai adalah biskut Makmur. Teksturnya yang rapuh, cair di mulut, rasa bersusu dan berkacang menambah nikmat bagi pemakannya.

Memang antara biskut yang paling cepat habis apabila dihidangkan semasa hari raya. Biasanya, biskut ini akan disalut dengan gula icing sahaja untuk menambah rasa lebih manis pada biskut ini.

Namun, jika disalut dengan susu, rasanya lebih-lebih sedap lagi. Berikut dikongsikan resepi biskut Makmur susu oleh laman Facebook Dapur Kampung;

Resepi Biskut Makmur Susu

Bahan-Bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu tepong
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • 2 sudu minyak mazola
  • 2 cawan gula icing

Bahan Inti

  • 1 cawan kacang tanah di goreng tanpa minyak(hancurkan)
  •  Gaulkan kacang dan gula

Bahan Salut

  • Gula icing campur susu secukupnya

Cara-Caranya

[1] Sebelum diayak, tepung gandum disangai terlebih dahulu baru ayak tepung gandum. Campurkan susu tepung bersama gula icing.

[2] Kemudian panaskan minyak mazola dan campurkan minyak sapi. Biar sejuk sekejap.

[3] Kemudian, tuangkan ke dalam tepung yang telah digaul sebati dengan susu tepung. Gaul sehingga menjadi doh.

[4] Ambil sedikit adunan, leperkan dan letak sedikit inti. Tutupkan dan bentukkan menjadi bulat.

[5] Siapkan loyang dan susun adunan yang sudah dibulatkan tadi. Kemudian, bakar pada suhu 160 C selama lebih kurang 15 minit.

[6] Akhir sekali apabila sudah masak salutkan dengan gula icing dan susu.

Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Sumber : Dapur Kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *