Resepi Puding Roti Tembikai, Mudah & Pantas, Sekali Hadap Terus Licin!

Segala jenis pemanis mulut/desert yang lembut manis berlemak dan sejuk jika dihidangkan depan siapa sahaja, pasti akan berselera. Lagi-lagi kalau rupa bentuknya cantik dan menarik. Tak sabar-sabar rasanya hendak dimasukkan ke dalam mulut.

Resepi kali ini juga pasti membuatkan anda terliur. Resepi puding roti tembikai yang cantik warnanya dan kejadiannya ini dikongsikan oleh Puan Shadahah Sharf Syasya;

Resepi Puding Roti Tembikai

Try buat puding roti tembikai untuk anak-anak. Alhamdulillah, kejadiannya memuaskan

dah sejuk, sekali hadap je licin tak ingat orang belakang.

Bahan-Bahan (Kisar Sekali)

  • 3 Keping Roti Putih (Buang bahagian tepi)
  • 1 Tin Susu Cair (saya kehabisan susu cair, saya gantikan dengan susu Yarra dari farm Fresh)
  • 4 Sdb Susu Pekat
  • 1 biji telur gred A

Bahan Lain

  • Serbuk Agar-agar 10 g
  • Gula 4 Sdb
  • Esen Vanilla 1sk
  • Air 2 cawan

Cara-Caranya

[1] Panaskan 2 cawan air dalam periuk.

[2] Masukkan serbuk agar-agar dan gula.

[3] Kacau hingga agar-agar dan gula tadi larut.

[4] Dah larut bahan tadi, masukkan esen vanilla dan masukkan bahan yang di kisar tadi (masukkan sambil tapiskan).

[5] Kacau-kacau sekejap dan tutup api.

[6] Bahagikan kepada 3 adunan;

-Merah (saya guna bright red dan sedikit strawberi emolco)

-Hijau (sy masukkan juga pandan kelapa emolco)

-Warna asal

[7] Sediakan bekas yang sesuai. Basahkan bekas/lapik plastik untuk mudah keluarkan puding.

[8] Cara menuang adunan. Semuanya bermula dari tengah bekas. (InsyaAllah tak akan bercampur)

Pertama, tuang adunan hijau.

Kedua, adunan putih.

dan terakhir, yang merah.

[8] Agak-agak adunan dah sedikit sejuk, taburkan coklat cip/coklat rice/coklat flakes.

Dah siap, boleh masukkan dalam peti sejuk.

Makan masa puding sejuk-sejuk. Sedapnya.

Boleh juga masa nak makan, p0tong puding dulu kemudian baru letakkan coklat chip/coklat rice/coklat flakes.

Selamat mencuba.

Sumber : Shadahah Sharf Syasya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *