Resepi Sekaya Telur Hanya Guna 4 Bahan, Lemak Manis Cukup Rasa Menambat Hati

Bukan hanya menjadi kuih tradisi kegemaran orang-orang Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan dan Terengganu, tetapi sekaya telur atau seri kaya telur ini juga menjadi buruan ramai terutamanya ketika bulan Ramadhan.
Mungkin tak ramai yang menjualnya di bazar kerana menggunakan banyak telur, tetapi ramai yang menyukainya.
Apa kata buat sendiri untuk dihidangkan kepada keluarga, kalau rajin boleh buat berniaga. Memang laris kerana rasanya yang sedap dan nikmat apabila dimakan sejuk-sejuk ketika berbuka puasa.
Berikut resepinya dikongsikan oleh saudari Mazni Abdul Rahman. Hanya menggunakan 4 bahan sahaja!
Resepi Sekaya Telur
SERI KAYA TELOR. Orang teganu panggil SEKAYA. Kalau beli mahal sangat. Anak tekak pulak rasa nak makan. Kita buat sendiri boleh makan banyak. Biasa orang buat guna telor itik. Tapi kita bedal je apa yang ada kat dapur. Telor ayam pun jadi je.
BAHAN-BAHAN:
- 15 biji telur ayam (kalau guna telur itik guna 10 dah cukup, sebap besar)
- 2 keping besar nisan/nise (boleh ganti dengan gula melaka)
- 1 1/2 cawan air
- 2 1/2 cawan santan pekat
CARA MEMASAK:
[1] Masukkan nise/gula melaka ke dalam periuk bersama air. Masak hingga gula cair. Ketepikan dan sejukkan seketika.
[2] Basuh telur kemudian pecahkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Pu kul telur tadi manja-manja sahaja.
[3] Seterusnya tapis air nise tadi ke dalam bekas telur yang telah dipu,kul. Sebatikan.
[4] Kemudian tambahkan juga santan pekat. Pu,kul sekejap.
[5] Tuang bancuhan campuran bahan-bahan tadi ke dalam loyang yang bersesuaian. Boleh guna loyang bulat atau loyang empat segi.
[6] Kukus Sekaya Telur selama 45-50 minit atau sehingga manisan ini masak. Masa memasak mungkin berbeza bergantung pada pengukus masing-masing.
[7] Bila Sekaya Telur telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dip0tong dan dinikmati.
Sekaya Telur ini akan berasa lebih enak bila dimakan dingin.
Selamat mencuba.
Sumber : Mazni Abdul Rahman