Cara Tanam Bunga Tulip, Cantik Sangat Letak Di Rumah, Tak Perlu Ke Luar Negara

Bunga tulip selalunya kita nampak di dalam video luar negara. Macam-macam warna ada yang sangat cantik dan menarik. Seolah terasa hendak terbang ke negara tersebut.

Sebenarnya tak perlu ke luar negara dah nak miliki bunga tulip sendiri. Dengan teknologi yang ada kini, boleh beli sahaja benihnya dan tanam sendiri di rumah.

Letak di bilik atau di ruang tamu rumah, terus naik seri rumah anda nanti. Indah sejuk mata memandang.

Berikut caranya;

Nampak macam bawang jeruk kan? Ni lah bebawang tulip. Tanam sendiri dalam bilik lawa giler guys.

Cara Menanam

[1] Masukkan bebawang tulip dalam peti ais selama seminggu.

[2] Kemudian, isi botol kaca yang tidak berpenutup dengan beberapa biji batu dan masukkan sedikit air.

[3] Letak bebawang tulip atas batu tadi.

Pastikan bebawang tulip tak bersentuhan langsung dengan air untuk elakkan bebawang dari reput. (Tetapi bebawang tulip perlu dekat dengan air untuk merangsang pertumbuhannya)

[4] Letak dalam suhu bilik sahaja.

[5] Kalau air makin kurang, tambah sikit-sikit supaya air kekal di bawah batu.

[6] Selepas beberapa hari, akar mulai tumbuh dan menuju ke arah air di bawah batu.

[7] Batang tulip akan mula mekar di bahagian atas.

[8] Lama-kelamaan akan bertukar menjadi tulip dewasa.

Selamat Mencuba.

Boleh beli benih tulip online di sini : https://shope.ee/LG2RPM8SO

Sumber : Hias Rumah Idaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *