Resepi Dan Tips Apam Balik Crispy, Nipis & Rangup, Gerenti Menjadi

Kalau pergi ke pasar mesti beli apam balik crispy ni. Pelbagai inti pilihan ada dan bila dimakan panas atau sejuk, rasanya rangup-rangup dan manis dengan inti seperti jagung atau sebagainya, mesti tak cukup satu.
Sebenarnya boleh buat sendiri, boleh letak inti banyak-banyak, baru puas hati. Berikut resepi dan tips agar apam balik jadi rangup oleh saudari Noor Ashikin;
Resepi Apam Balik Crispy Mudah
Bahan-Bahan
- 1 biji telur.
- 1/2 cawan gula.
- Esen vanila.
- 1 1/2 cawan air.
- Pewarna kuning sikit.
- 2 cawan tepung gandum.
- 2 sudu besar tepung beras.
- Soda bikarbonat 1/2 sdt
- Baking powder 1 sdt
- Garam.
- 2 sudu besar air kapur.
- 2 sudu besar minyak masak
Tepung beras dan air kapur berfungsi menambah kerangupan apam balik.
Cara-Caranya;
[1] Masukkan bahan satu persatu mengikut urutan. Setiap kali tambah bahan, setiap kali tu la perlu dikisar. Jangan letak semua sekaligus. Perlu kisar satu persatu.
[2] Selepas dikisar, peram adunan selama 30 minit. Lebih pun tidak mengapa.
[3] Panaskan kuali non-stick menggunakan api sederhana.
[4] Sendukkan 1 senduk kecil adunan dan ratakan senipis-nipisnya.
[5] Bila permukaan atas sudah mula berlubang-lubang kecil, letak topping di atasnya dengan secukupnya mengikut selera masing-masing.
Contoh topping klasik ; Majerin, gula, serbuk kacang dan jagung krim. Letak topping ikut selera.
[6] Bila Apam Balik mula kelihatan coklat disekelilingnya, bolehlah dilipat dan diangkat.
[7] Apam Balik Crispy sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba.
Sumber : Noor Ashikin