Resepi Kek Chiffon Pandan Terpaling Gebu Tak Boleh Bawa Bincang

Aroma kek pandan kalau dibakar harum mewangi satu rumah. Sangat sedap dihidangkan buat minum petang, amat sesuai juga dihidang buat tamu yang datang.

Mungkin masih ada yang belum tahu rahsia kek pandan jadi gebu. Kadang kalau salah sukatan bahan kek jadi bantat.

Ikut sahaja cara yang dikongsikan oleh Ummi Safiya ini;

Resepi Kek Pandan Chiffon Gebu Gebas

Bila tekak ni dah terasa nak makan kek chiffon pandan walaupun tak berapa sihat tetap juga lah ke dapur untuk membaking. Kali ni mencuba resepi Ummi Safiya. Alhamdulillah menjadi. Keknya memang fluffy sangat-sangat.

Bahan-Bahan

Bahan A

  • 6 biji kuning telur gred A
  • 150 gm gula castor (tak nak manis boleh kurangkan kepada 120 gm)
  • 230 gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 55 ml minyak jagung
  • 60 ml santan @ susu cair (guna santan kotak pun boleh)
  • 8 helai daun pandan + air (dikisar jadikan 150 ml air pati pandan)
  • Sedikit pewarna hijau

Bahan B (meringue)

  • 6 biji putih telur gred A
  • 130 gm gula castor (tak nak manis kurangkan kepada 120 gm)

Cara-Caranya

[1] Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan dulu.

[2] Satukan minyak, santan, air pati pandan, pewarna hijau dikacau sebati dan ketepikan.

[3] Kuning telur dan gula diputar hingga putih dan gebu.

[4] Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder tadi berselang seli dengan bancuhan air pati pandan sambil diputar hingga sebati dan ketepikan dahulu.

[5] Buat meringue.

Putar putih telur hingga berbuih baru masukkan gula castor dan putar hingga kental dan berwarna putih (bila terbalikkan adunan tak jatuh)

[6] Masukkan meringue ke dalam adunan tepung dan gaul secara kaup balik dengan spatula hingga habis dan sebati.

[7] Panaskan oven dengan suhu 180 C selama 10 minit dan panaskan loyang.

[8] Memandangkan takde loyang chiffon jadi guna loyang ukuran 7” x 7” sebanyak dua (2) biji. Loyang tak perlu lapik dengan baking paper atau sapu butter.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven dengan api atas dan bawah pada suhu 180 C secara water bath (letak loyang kek dalam loyang yang ada air panas) selama 45 – 50 minit / hingga masak.

Selepas 30 minit pertama turunkan suhu kepada 160 C pula. Suhu bergantung kepada oven masing-masing.

[9] Bila kek telah masak biarkan dahulu dalam oven selama 3 minit dengan pintu oven direnggangkan.

[10] Keluarkan kek dari oven dan terbalikkan loyang. Biarkan sekejap baru terbalikkan semula permukaan kek di atas.

Selamat mencuba.

Sumber : Fauziah Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *