Rahsia Kuah Tomyam Sedap & Pekat Restoran Thai, Betul-betul Padu!

Rahsia Masak Tomyam Pekat Ala Restoran Thai Yang Sedap…

Andai makan di restoran Thailand, pasti terpikat dengan rasa Tomyam yang pekat dan sedap. Isian dalam masakannya ringkas sahaja seperti isi ayam, aneka makanan laut dan sayur namun ramuan rencah kuahnya membuatkan rasa lebih enak.

Bagi anda yang menggemari sajian Tomyam, resipi perkongsian saudari Siti Husni ini boleh dicuba. Ringkas tapi sangat sedap. Persis Tomyam di restoran Thai terkenal. Cubalah. Anda pasti sukakan rasanya.

RESIPI TOMYAM PEKAT ALA RESTORAN THAILAND

BAHAN-BAHAN:

4-5 sudu makan pes tomyam

3 sudu makan pes cili

Santan @ susu cair secukupnya

Sos ikan @ kicap sotong

1 sudu makan sos tiram

Ayam / udang / sotong secukupnya

2-3 ulas bawang putih- tumbuk kasar

1/2 biji bawang holland – hiris

1 inci lengkuas

1-2 batang serai – titik

1-2 biji tomato

5-6 biji cili padi

1 biji jus limau nipis

Akar & daun ketumbar secukupnya

3-4 helai daun limau purut

Bunga kubis/lobak merah/cendawan/baby corn secukupnya

3-4 cawan air

CARA MEMASAK:

1.Tumis pes cili kisar sampai pecah minyak. Kemudian masukkan pes tomyam.

2. Masuk sos tiram diikuti serai. Tumis sekejap sahaja.

3. Kemudian masukkan ayam/udang/ sotong. Gaul sebati dan tambahkan air.

4. Masukkan lengkuas, bawang putih, cili padi, tomato, akar ketumbar. Renehkan sekejap.

5. Perasakan dengan kicap sotong sampai cukup rasa.

6. Masukkan kesemua sayur sayuran, daun limau purut dan daun ketumbar diikuti sedikit susu cair atau santan. Sebatikan.

7. Akhir sekali bila tomyam mula mendidih, perah jus limau nipis sehingga cukup rasa masamnya.

8. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Siti Husni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *