Nugget Ayam Homemade Guna Nasi Sejuk Dan Roti. Lebih Berkhasiat & Megenyangkan!

Resepi Nugget Ayam Homemade Guna Nasi Sejuk Dan Roti…
Nugget ayam homemade ini lebih mengenyangkan. Kalau anak-anak makan satu pun dah boleh kenyang. Mungkin kerana ada nasi dan roti di dalamnya.
Bila buat sendiri, kita boleh pastikan bahan-bahan yang dimasukkan itu lebih sihat untuk dimakan oleh famili kita. Selain itu, lebih istimewa kerana saiz nugget juga terpulang kepada kita yang tentukan.
Macam-macam versi nugget ayam homemade. Apa kata kali ini cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Zuraini Ramli ini pula. Antara bahan asasnya ialah nasi sejuk dan roti.
NUGGET AYAM HOMEMADE
Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk – Kisar hingga halus dengan 1 cawan lebih sikit air masak.
4 keping roti – carikkan halus-halus
3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
Sedikit isi ayam dicincang halus (ikut selera nak letak banyak mana)
Setangkai daun bawang – racik halus
2 ulas bawang putih – ditumbuk halus
1sudu besar gula
Garam secukupnya
Sedikit serbuk roti
Serbuk perasa (pilihan)
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak Nugget Ayam Homemade:
Masukkan nasi sejuk yang dikisar dengan air tadi dalam satu mangkuk.
Tambahkan semua bahan lain ke dalamnya kecuali serbuk roti dan mnyak masak. Gaul kesemuanya hingga sebati.
Adunan ini akan sedikit lembik. Jadi, kena guna sudu untuk cedok dan bentukkannya.
Kemudian letakkan di dalam bekas berisi serbuk roti..Tekan-tekan bagi leper. Ulangi langkah hingga selesai.
Setelah siapkan semua, baru panaskan minyak. Goreng nugget di dalam minyak hingga kekuning-kuningan.
Angkat dan toskan. Siap untuk dimakan!
Selamat mencuba!
Sumber : RASA