Resepi Biskut Biji Kopi, Mudah Menarik Dan Sedap!

Aneka biskut raya menjadi pilihan untuk kita buat sempena hari raya yang bakal mendatang tak lama lagi. Selain biskut-biskut legend atau tradisonal, apa kata cuba buat kelainan dengan biskut yang mungkin kita tak pernah buat pula.
Antaranya adalah biskut biji kopi. Aroma kopinya yang sangat harum dan rasanya yang sedap, memang memukau.
Berikut resepinya;
Resepi Biskut Biji Kopi
Bahan-Bahan
- 2 biji kuning telur
- 340 g tepung gandum
- 100 g gula icing
- 200 g marjerin
- 20 g tepung jagung
- 30 g serbuk koko
- 1 bungkus kopi 3 in 1
- ¼ sdt garam
Bahan Topping
- Coklat masakan (dicairkan)
Cara-Caranya
[1] Bancuh kopi 3 in 1 dengan 2 sudu makan air panas. Ketepikan.
[2] Campurkan marjerin, gula icing, garam, kuning telur, tepung jagung, serbuk koko dan juga bancuhan kopi tadi. Kemudian pukul semuanya menggunakan mixer. Tak perlu lama. Asalkan sebati.
[3] Masukkan tepung gandum lalu campurkan adunan sampai adunan tidak melekit dan boleh dibentuk.
[4] Bulat-bulatkan adunan lonjong sedikit dan buat belahan tak terputus di tengah-tengahnya supaya terbentuk seperti biji kopi. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit.
[5] Bakar dengan oven pada suhu 150°C api atas bawah selama 25 minit atau hingga masak.
[6] Sejukkan biskut. Kemudian celupkan biskut ke dalam coklat yang sudah dicairkan tadi.
Jangan lupa gariskan di tengah belahan supaya bentuk biji kopi kelihatan.
Biarkan topping kering. Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Siap. Adunan ini boleh dapat 3 bekas seperti ini;
Selamat mencuba.
Sumber : Youtube Bundaa Alifa