Resepi Tart Telur Guna Kuali, Masak Atas Dapur Sahaja, Senang & Mudah!

Rata-ratanya kalau teringin makan tart telur pergi sahaja ke bakeri, dapatlah makan dengan harga sebiji dalam RM 3, mungkin sekarang harga sebiji sudah naik mungkin cecah RM5 di sesetengah tempat.
Kalau anak ramai, terpaksa berbelanja lebih. Apa kata buat sendiri sahaja di rumah. Senang sangat, buat saiz besar terus. Bakar pun atas dapur sahaja. Tanpa perlu oven.
Berikut caranya dikongsikan oleh Puan Ct Zuraihan;
Resepi Tart Telur Guna Kuali
Tart telur yang pernah viral dulu, guna pan jer..boleh dapat dalam 9 keping macam dalam gambar tu. Kalau beli kat bakeri RM 2, RM 3 juga kan 1 biji.
Bahan-Bahan Kulit Tart
- 2 cawan tepung gandum
- Setengah cawan majerin (saya guna butter)
- 1 biji telur
- Secubit garam
Cara-Caranya
[1] Gaul semua bahan sampai jadi doh.
[2] Kemudian tekan-tekan leperkan dalam pan.
Bahan Inti
- 1 1/2 cawan susu cair
- 3 biji telur
- 1 sudu besar tepung kastad
- 1 sudu besar tepung jagung
- Gula 4 atau 5 sudu (saya ikut manis yang kita nak)
- Sedikit esen vanilla
Cara-Caranya
[1] Pukul semua bahan dan tuang atas doh.
[2] Masak api kecil dan tutup dengan penutup lebih kurang 30-40 minit.
Selamat mencuba.
Sumber : Ct Zuraihan