Cara Menyediakan Air Nabeez, Minuman Sunnah Kegemaran Rasulullah. Elok Diamalkan Ketika Berpuasa

Air Nabeez, Minuman Sunnah Kegemaran Rasulullah…
KURMA sering menjadi pilihan masyarakat sepanjang Ramadan sebagai makanan tambahan yang diambil ketika berbuka atau bersahur.
Ia kaya dengan tenaga dan mempunyai pelbagai nutrien, vitamin dan mineral penting untuk tubuh.
Satu hidangan kurma (tiga biji) boleh membekalkan 80 kalori, kalsium (15 miligram), fosforus (16 gram), potassium (140 miligram) dan antioksidan.
Namun, makanan sunah ini boleh diambil dalam bentuk berbeza iaitu air rendaman kurma atau dikenali sebagai air nabeez.
Ramai tidak mengetahui minuman ini yang sebenarnya mengandungi banyak khasiat.
Selain itu, dikatakan air nabeez adalah minuman kegemaran Rasulullah SAW.
Cara membuat air minuman ini juga mudah, kurma (bilangan ganjil) direndam di dalam segelas air masak pada waktu malam dan diminum ketika bersahur.
Jom baca perkongsian cara menyediakan air nabeez daripada Kak Ya Leha Di bawah.
Cara Menyediakan Air Nabeez
Air minuman Nabeez bukanlah resepi baru, tapi masih ramai yang belum amalkan air sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Biase nye popular time Ramadhan je, sebab ramai yang akan buat air nabeez nie untuk sahur.
Rase air bergantung pada kurma yang kita guna. Kalau kurma tu manis, manis la air nye tu. Boleh je guna apa apa jenis kurma pun.
Khasiatnya tetap sama, Kak Ya guna kurma Ajwa. Sebab memang suka rasa nya
Cara-caranya:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 1 gelas. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma.
(Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.)
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Kalau yang berpuasa sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi. Amalkan masa perut kosong.
Banyak tau khasiat minuman nabeez nie, antara khasiatnya;
- Pemberi dan pemulih tenaga
- Tinggi kandungan fiber ~ menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).
- Pemberi zat besi yang sangat bagus.
- Kaya akan pottassium ~ penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.
Air nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang lebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.
Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya didalam tubuh. Dalam kata lain berguna sebagai sebagai detox.
Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Dah buat boleh terus minum atau nak blend dengan susu pun boleh.
Resepi simple dari Kak Ya Leha Yusuf