Resepi Biskut Florentine, Biskut Rangup Paling Senang Di Abad Ini

Antara kuih yang senang dan cepat siap. Tak perlu uli-uli beria tepung dan bahan lain. Campurkan semua kekacang, campak-campak dah siap.
Kadang-kadang kalau beli, nipis sangat-sangat biskutnya ataupun sejemput sahaja kekacangnya. Tak puas makan dan senang pecah, buat sendiri pasti puas hati.
Kalau ikut resepi kat pek tepung florentine tu, manis sangat. Gula nampak lagi banyak dari kekacang, kalau guna resepi yang ni elok seimbang kacang dengan gula. Tak terlalu nipis atau tebal.
Resepi biskut florentine
Bahan-Bahan
- 500g serbuk florenta
- 500g almond slice
- 200g kuaci hijau
- 100g kuaci putih
- 20g bijan putih
- 20g bijan hitam
Kertas cupcake yg licin dlmnya “size L” (ada lapisan plastik biasanya bercorak polkadot) saya guna 60keping. Senang nnt bole isi banyak2 dulu.
Cara-Caranya
[1] Bakar almond slice dalam dulang pembakar, ratakan. Bakar pada suhu 160 C selama 5 minit.
[2] Kemudian bakar kuaci hijau n putih campurkan dan ratakan dalam dulang 5 minit.
[3] Bijan hitam dan putih pun saya bakar 5 minit bagi wangi.
[4] Sejukkan semua betul-betul. Dan campurkan semua dalam satu bekas bersama serbuk florenta.
[5] Gaul sehingga sama rata.
[6] Sudukan guna sudu besar ke dalam cup ratakan. Tak nipis dan tak terlalu tebal.
[7] Bakar selama 15 minit dengan suhu 160 C. Semua oven tak sama, jadi bakar yang pertama tu rajin-rajin tengok. Bila dah kekuningan keluarkan dari oven.
[8] Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu dan mudah je tanggalkan. Cup boleh guna semula untuk round seterusnya.
[9] Simpan dalam bekas kedap udara.
Selesai semua boleh simpan dan guna cup tu buat cupcake untuk raya pula.
Nak bakar guna air fryer pun boleh, suhu 160 C 10 minit. Susun padat supaya tak melambung masa dibakar.
Selamat mencuba.
Kredit resepi: Zulina ismail
Kredit foto : Faz Liyana/Hidayah Sobri/Lynaa Yasin