Resipi Semperit Mudah Perisa Tembikai Susu & Semperit Unicorn Viral 3 Bahan. Guna Krimer Saji Je..

Cara Buat Biskut Semperit Viral Mudah Guna Krimer Saji…

Semperit susu, kuih/biskut raya paling mudah buat tapi yang mudah ni lah saya tak pernah cuba buat. Sedih betul tak pandai buat kuih raya. Cara buat kuih semperit 3 bahan je katanya. Ye, betul! Dari resipi semperit susu 3 bahan yang viral tu, macam tu lah.

Ternampak pulak semperit perisa tembikai susu viral. Eh, ada ye susu krimer manis tembikai susu? Saya baru tahu! Terasa jakun pulak tengok susu krimer perisa tembikai susu. Lagi jakun bila ada semperit perisa tembikai susu.

Macamana entah rasa semperit tembikai susu tu ye? Macam kena buat kalau nak rasa. Tuan punya resipi hanya kongsikan bahan-bahan dia je.

Bahan-bahan Semperit Tembikai Susu :

250 gram buttercup/planta

1/2 cawan susu saji tembikai susu

4 cawan tepung jagung

Sedikit ceri utk hiasan.

Kredit: Lie Ya

Jadi, macamana cara buat kuih semperit 3 bahan ni? Saya kongsikan sekali resipi semperit unicorn 3 bahan ni. Bahan-bahan dia sama cuma sukatan dan perisa susu je berbeza. Jadilah boleh lah ikut cara buat semperit susu 3 bahan mengikut resipi di bawah.

Resipi Semperit Unicorn Viral 3 Bahan

Semperit susu 3 bahan :

100g buttercup

100ml susu pekat

250g tepung jagung

Cara buat Semperit Susu 3 Bahan :

1. Mula mula ambil buttercup 100g. Kan dah ada siap-siapa sukatan tu. Just potong dekat line yang kita nak. 50gx2.

2. Masuk susu pekat 100ml

3. Kacau sebati.

Tak perlu guna mixer, nanti kembang sangat. Pakai sudip dan Penyek-penyek butter bagi mencair dengan susu.

4. Kacau sebati, tapi jangan lama-lama ye. Sampai jadi mcm ni je. Nak elak kan adunan kembang masa bakar nanti.

5. Masuk tepung jagung (250g) dan uli sebati.

6. Sampai adunan jadi macam ni.

7. Bahagi 3 bahagian kalau nak buat color-color unicorn. Gunakan acuan piping icing sebab tak ada acuan samperit pecah 15.

8. Buat mcm ni sebelum masuk acuan.

9. Kejadian sebelum bakar. Bakar pada suhu 150 darjah celcius dalam masa 20minit. Api atas bawah.

Hasilnya selepas dibakar. Rasa dia crunchy kat luar, manis-masni susu cair dalam mulut.

Mudah bukan? Dari apa yang saya baca, kalau adunan keras berderai tu boleh tambahkan buttercup bagi lembut sikit doh tu. So far yang komen semua menjadi menggunakan resipi semperit 3 bahan ni.

Saya saja bagi nama unicorn sebab penggunaan warna tu macam unicorn. Comel dan cantik. Simpan dan kongsikan kat sini senang nanti nak cuba buat resipi biskut semperit mudah 3 bahan dan rangup ni.

Boleh lah cuba buat dan practise untuk siapkan kuih raya nanti.

Kredit : Syafida Azlin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *