Cara Buat Popia Cheese Rangup Sedap Paling Ringkas, Buat Kudapan Licin Sekejap Je!

Kudapan berasaskan keju semakin menapak kukuh dalam jiwa orang-orang muda zaman ini. Bukan orang mudah je, bahkan yang dah usia emas pun enjoy sekaki mengudap kalau dah dihidang depan mata.
Banyak dijual, tetapi biasalah pasti ada harganya, kalau nak makan puas-puas tu usahalah buat sendiri.
Belajar buat sendiri ilmu dapat, sedap pun dapat, silap haribulan boleh jadi sumber pendapatan.
Antara kudapan keju yang modalnya tak terlalu mahal adalah popia keju. Mudah sahaja resepinya seperti yang dikongsikan oleh Farah Subhi;
Resepi Popia Cheese
Selamat Hari Raya semua. Nak share resepi sikit nie, gigih buat sebab masa raya hari tu tak puas makan. Simple sangat ce try buat, konpem semua golongan suka.
Bahan-Bahan
- Kulit Popia 1 paket ( gunting ikut kreatif anda )
- 4 Sudu Gula Halus
- 1 Cawan Serbuk Cheese
- 1 Sudu Kecil Garam
- 1 Sudu Besar Serbuk Cili
Cara-Caranya
[1] Gunting-guntingkan kulit popia ikut bentuk yang anda suka. Kemudian jemurkan sekejap dan goreng hingga kekuningan.
[2] Kisarkan serbuk cheese, serbuk cili, garam dan gula.
[3] Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang dah digoreng tadi.
[4] Sedia untuk dimakan.
Selamat Mencuba
Sumber : Farah Subhi