2 Bahan Mujarab Hapuskan Lipas, Selamat Untuk Manusia!

Lipas merupakan haiwan melata yang ada di mana-mana. Walau rumah bersih macam mana pun, tetap ada menyelit di mana-mana lubang yang gelap dan lembap seperti almari dapur. Apa lagi kalau sumber makanannya banyak, lebih menjadi pilihan lipas-lipas untuk bertapa dalam tempoh lama.

Jangan tak percaya, di sofa pun boleh menjadi habitat lipas. Ini kerana struktur kosong dan gelap di dalam sofa membuatkan lipas selesa beranak pinak di situ. Lebih-lebih lagi kalau sofa tu jarang-jarang dipindahkan. Petandanya, lihat habuk hitam di bawah sofa.

Selalunya, nampak je lipas ramai yang berlari mendapatkan penyembur racun serangga terhadap lipas. Tapi, sebenarnya ia mengundang bahaya terhadap kesihatan manusia, ditambah pula disembur di ruangan tertutup. Ada yang tak tahan dengan bau serta semburan racun tersebut mengalami pening, loya dan muntah.

Nak guna ubat gegat pun tetap mengandungi kandungan bahan kimia berbahaya, berisiko jika rumah ada kanak-kanak kerana warnanya yang menarik seakan gula-gula.

Apa nak buat? Gantilah racun serangga berbahaya kepada bahan-bahan alami. Meski mudah dan murah, tapi mujarab!

Cara Hapuskan Lipas Dengan 2 Bahan

Bahan-Bahan

  • 1 Sudu makan Baking Soda
  • 1 Sudu makan gula

Cara-Caranya

[1] Mudah sahaja, campurkan kedua-dua bahan ini dalam satu bekas dan gaul rata.

[2] Letakkan atau taburkan campuran tadi di tempat yang anda rasa berpotensi menjadi tempat laluan lipas atau sarang lipas.

Nota;

Gula akan mengumpan lipas untuk memakannya dan baking soda pula bertindak membnuh lipas secara senyap.

Takut masalah semut pula datang?

Jangan risau, semut juga akan m4ti jika termakan gula yang telah bercampur dengan baking soda ini.

Menarik bukan? Bertindak 2 dalam 1.

Hendak hapuskan lipas, masalah semut pun boleh selesai.

Tips Tambahan ; Guna Air Sabun

Ada yang kata buih sabun pun boleh memb*nuh lipas. Tak salah mencuba. Berikut caranya;

Letakkan air sabun dalam botol spray, nampak lipas sembur sahaja.

Selain wanginya yang tak disukai lipas, air sabun menyebabkan liang pernafasan lipas akan tertutup. Selalunya lipas akan cepat m4ti terkena semburan air sabun.

Selamat mencuba.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Impiana / Propertyguru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *